8 amalan sunat Aidiladha

8 amalan sunat Aidiladha

Umat Islam, lelaki dan wanita disunatkan berusaha membuat kebaikan dan amal kebajikan pada permulaan Hari Raya Aidiladha iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijah dengan mengingati Allah, berpuasa (pada 9 Zulhijah kecuali jemaah haji), bersedekah dan semua amalan kebajikan, kerana tempoh itulah merupakan hari-hari fadilat (hari yang mempunyai banyak kelebihan).

Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Tiada hari-hari selain hari- hari ini untuk amalan kebajikan yang lebih disukai Allah, iaitu hari-hari 10 pertama bulan Zulhijah). Mereka bertanya, Wahai Rasulullah, dan jihad pada jalan Allah tidak dapat melebihinya? Baginda bersabda, Jihad pada jalan Allah juga tidak dapat melebihi amalan kebajikan pada hari-hari itu, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan mengorbankan dirinya dan hartanya, kemudian tidak memperoleh semula dengan sesuatu daripadanya.”

Bertakbir

Takbir Hari Raya Aidiladha adalah bermula dari Hari Arafah sehingga sembahyang Asar hari Tasyrik terakhir.

Berjaga malam

Umat Islam disunatkan menghidupkan malam Hari Raya melalui solat-solat sunat, qiamullail, berzikir , berdoa, membaca al-Quran, bertakbir, bertasbih dan istighfar. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud, “Sesiapa yang menghidupkan /beribadah malam Hari Raya Fitrah dan malam Hari Raya Korban dengan mengharapkan keredhaan Allah nescaya tidak mati hatinya pada hari yang mati semua hati.”

Satu perkara yang umat Islam seharusnya tidak melepaskan peluang tatkala sibuk menyiapkan persiapan Hari Raya bahawa doa pada malam kedua-dua Hari Raya adalah mustajab.

Mandi Sunat Hari Raya

Disunatkan mandi selepas sembahyang Subuh atau selepas fajar, memakai bau-bauan (bagi kaum lelaki), mencuci mulut dan gigi dan memakai pakaian yang baik, seperti perkara-perkara sunat untuk kaum lelaki pada hari Jumaat sebagai tanda menzahirkan kesyukuran ke atas nikmat yang dikurniakan Allah

Tidak memotong kuku dan mencukur rambut pada hari yang ke-10 bulan Zulhijah

Iaitu Hari Raya Aidiladha berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud, “Apabila masuk hari yang ke-10, dan jika salah seorang kamu hendak berkorban, maka janganlah mencukur rambut dan memotong kuku.”

Pergi ke masjid awal pagi

Para sahabat dan golongan tabiin berbeza pendapat tentang keharusan wanita pergi ke masjid mendirikan sembahyang sunat Hari Raya (Aidilfitri atau Aidiladha). Sayidina Abu Bakar, Ali, Ibnu Umar dan yang lain berpendapat kaum wanita dibolehkan dan ada juga ulama yang tidak mengharuskannya seperti Urwah, Al-Qasim, Yahya al-Ansari, Malik dan Aby Yusuf.

Menurut Imam Nawawi, sunat bagi para wanita pergi ke masjid mendirikan solat sunat Hari Raya jika tiada masalah seperti kedatangan haid atau nifas. Manakala wanita yang haid dan nifas cukup sekadar membaca zikrullah tanpa duduk di masjid.

Makan selepas solat Hari Raya Aidiladha

Berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri, pada Hari Raya Aidiladha disunatkan melewatkan makan sehingga selesai sembahyang sunat Hari Raya berdasarkan hadis dari Buraidah yang bermaksud, “Bahawa Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada Hari Raya Fitrah sehinggalah Baginda makan dahulu, dan pada Hari Raya Korban, Baginda tidak makan sehinggalah Baginda bersembahyang dahulu.

Bersedekah

Pada Hari Raya disunatkan memurahkan rezeki kepada kaum kerabat atau saudara-mara dan membanyakkan sedekah lebih daripada kebiasaan menurut kemampuan.

Ceria di Hari Raya

Memberi senyuman dan menunjukkan kegembiraan kepada orang-orang yang beriman yang ditemui dan menziarahi keluarga serta sahabat handai supaya hubungan silaturahim dan kasih mesra dapat dieratkan.

8 amalan sunat Aidiladha


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pengerusi BN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker