Inisiatif 100 hari pentadbiran Ismail Sabri

Genap sudah 100 hari Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Dalam tempoh berkenaan, pelbagai usaha telah beliau lakukan untuk memastikan pentadbiran Malaysia stabil dan berada di landasan yang betul, terutamanya dari segi politik dan ekonomi.

Antara perkara-perkara yang telah dilakukan oleh beliau ialah memperkenalkan indeks pentujuk prestasi (KPI) dalam tempoh 100 hari melibatkan semua menteri dan mewujudkan konsep Keluarga Malaysia.

Di samping itu, beliau turut menggerakkan inisiatif memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) bagi bagi menjalin kerjasama dengan kerajaan, sekali gus meredakan ketegangan dan menjamin kestabilan politik.

Malah, di bawah pentadbirannya itu juga beliau telah mengemukakan sejumlah peruntukan terbesar dalam sejarah melalui pembentangan Bajet 2022 demi kepentingan rakyat dan negara.

Namun, konsep Keluarga Malaysia adalah inisiatif yang paling menyerlah diperkenalkan oleh beliau dalam tempoh 100 hari pentadbirannya itu.

Secara amnya, konsep tersebut digerakkan bagi tujuan mengajak semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa berganding bahu untuk memulihkan negara daripada masalah dan kesan penularan Covid-19.

Konsep yang diperkenalkan pada Oktober lepas itu berdiri di atas tiga teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).

Ia membawa visi yang jelas iaitu memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

100 hari kerajaan Ismail Sabri lulus 100%

 

 

BUAT KERJA

Ismail Sabri yang sinonim dengan gelaran ‘Pak Long’ dalam kalangan rakyat boleh disifatkan sebagai seorang yang ‘buat kerja’.

Walaupun beliau dilihat tidak banyak bercakap, tapi ‘tangannya’ laju membuat kerja bagi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan baik.

Dalam tempoh tidak sampai enam bulan mentadbir negara, beliau berjaya mewujudkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

Latar belakangnya sebagai ‘anak kampung’ yang membesar dalam keadaan serba kekurangan dilihat banyak membantunyan untuk memahami denyut nadi rakyat, terutamanya golongan susah.

Bagi yang mengikuti dan memerhati perjalanan karier politik Ismail Sabri, tentu sahaja perkara tersebut bukanlah suatu hal yang pelik.

Sejak kali pertama dilantik sebagai menteri pada 2008, beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Dari menjadi Menteri Belia dan Sukan sampailah ke Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri disenangi ramai malah beliau juga jarang terpalit dengan kontroversi yang menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik.

Justeru, tidak hairnalah dalam tempoh tidak sampai setahun Ismail Sabri sudah menunjukkan ketokohan dalam kepimpinannya.

Sinar Harian

Inisiatif 100 hari pentadbiran Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kad laporan 100 hari Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker