Brunei, 430 Hari Tanpa Kes Baharu
Brunei, 430 Hari Tanpa Kes Baharu
430 Hari Tanpa Kes Baharu, Rahsia Brunei Menang Melawan COVID-19
Ketika negara-negara lain sedang sibuk mengalami lonjakan kes di rantau ASEAN, Brunei kini sedang bergembira tanpa penjarakan sosial mahupun pelitup muka. Jangkitan tempatan dikatakan hampir tidak wujud, jika ada pun, ia adalah kes import. Dan selama 430 hari, tidak ada kes tempatan yang direkodkan di negara jiran kita Brunei.
Memetik laporan East Asia Forum dan CNBC, di dalam penyelidikan yang bertajuk ‘Behind Brunei’s Covid-19 Success Story‘ yang dilakukan oleh Nadia Azierah Hamdan dan William Case dari University of Nottingham Malaysia mengungkapkan bahawa negara jiran Malaysia itu sudah mengambil langkah awal sejak tahun lalu lagi, ketika wabak COVID-19 mula menyerang seluruh dunia sejak pertama kali dilaporkan di Wuhan, China.
Langkah awal yang diambil oleh Brunei pada Januari 2020, ketika wabak mula pertama kali dilaporkan di beberapa negara luar China, Brunei telah mengambil jalan tegas dengan melarang pelancong dari Hubei memasuki negara terbabit. Dan pada bulan Februari pula, Brunei terus bertindak tegas dengan memeriksa setiap kedatangan warga asing yang masuk ke negara mereka – tidak kira dari China atau negara apa pun.
Walaupun mampu bertahan pada awal tahun 2020. Kes COVID-19 di Brunei bagaimanapun mula tercetus pada 9 Mac dan mula merebak sehingga mencapai 100 kes dalam masa 15 hari. Kes pertama ini dicetuskan oleh kehadiran jemaah tabligh yang mengunjungi Malaysia pada masa itu.
Disebabkan kejadian tersebut, Brunei mengambil tindakan tegas dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan menekankan betapa pentingnya penjarakan sosial dan kuarantin bagi mereka yang dijangkiti wabak COVID-19. Brunei juga telah bertindak menutup sementara semua tempat-tempat yang boleh mencetuskan perhimpunan ramai seperti rumah ibadah dan pusat membeli belah.
Dari segi komunikasi di antara pihak kerajaan dan rakyat Brunei pula, pihak berkuasa tempatan telah memaksimumkan liputan di media sosial dan televisyen selain disokong oleh perkhidmatan hotline yang bersiap sedia selama 24 jam jika rakyat Brunei mempunyai sebarang pertanyaan mengenai wabak COVID-19. Manakala bagi mereka yang gagal untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan, kerajaan Brunei akan mengenakan denda dan penjara.
Selain itu, sikap tegas Sultan Brunei dalam menangani isu COVID-19 ini juga telah menjadi antara punca mengapa Brunei mampu keluar dari permasalahan ini. Sebagai Raja dan pemerintah Brunei, Sultan Brunei dilihat peka terhadap keperluan rakyatnya sepanjang wabak COVID-19 menekan negara kecil tersebut.
Kajian itu menyebut bahawa Sultan Brunei telah mendorong rakyatnya agar memperkuatkan diri dengan zikir dan bacaan al-Quran di rumah ketika menjalani kuarantin. Dia juga telah memerintah agar masjid ditutup dan dibersihkan, perhimpunan keluarga terdekat dilarang sepanjang Ramadan dan pada Hari Raya.
“Sebagai pemimpin politik dan agama, Sultan Bolkiah memberikan kepemimpinan moral kepada masyarakat. Sultan Bolkiah menekankan kewajiban umat Islam untuk mengikuti garis panduan sosial, mengambil langkah berjaga-jaga, membersihkan diri dan memperbanyakkan doa dan membaca Al-Quran. Dia juga mengingatkan rakyat Brunei bahawa majoriti umat Islam, bahawa virus itu sendiri dihantar oleh Tuhan,” tulis mereka. “Sentimen sedemikian penting untuk memastikan penghormatan terhadap garis panduan kesihatan awam.”
Selain itu, kejayaan Brunei juga disebabkan kepatuhan warganya kepada undang-undang yang telah ditetapkan. Kerajaan Brunei telah bertindak melaksanakan kawalan sempadan dan perjalanan serta melarang sebarang aktiviti perhimpunan besar-besaran. Melalui sekatan-sekatan yang dilakukan ini, tiada isu double standard yang berlaku kerana bukan sahaja rakyat yang patuh, tetapi mereka yang memegang tampuk kepimpinan juga turut akur dan patuh. Ketaatan rakyat Brunei kepada kerajaan memberi kesan yang besar kerana apa yang ditunjukkan oleh pemimpin akan dicontohi dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Untuk rekod, pada awal Mei, tidak ada jangkitan baru yang direkodkan di Brunei. Pada akhir November, hanya sembilan kes import baru dan tiga kematian dilaporkan, yang menunjukkan keberkesanan cara pemerintahan Sultan Brunei ditengah-tengah situasi COVID-19. Sejak itu, Brunei mula membuka lebih awal sektor ekonominya berbanding negara-negara lain yang masih berjuang untuk bebas dari wabak COVID-19. Vc
Brunei, 430 Hari Tanpa Kes Baharu
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
- Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
- Pembiayaan politik dan bendera putih
- Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion
- Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
- Resepi Sandwich Tuna Pedas
You must be logged in to post a comment.