Rais jangan ‘over’ langkaui bidang kuasa Dewan Rakyat

Sebaran :

Rais jangan ‘over’ langkaui bidang kuasa Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Negara tiada kuasa ke atas Dewan Rakyat dan perjalanan sidangnya, kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Hanipa mengulas Rais yang dilaporkan berkata peraturan mesyuarat tidak membenarkan usul tidak percaya “yang sengaja hendak mengeruhkan keadaan” dibawa ke Dewan Rakyat.

“Adakah dia benar-benar keliru? Dia bukan speaker Dewan Rakyat.

“Siapa dia untuk melangkaui bidang kuasa Dewan Rakyat?” soal Hanipa yang juga peguam, dalam kenyataan hari ini.

Kedudukan Muhyiddin Yassin yang memiliki sokongan tipis di Dewan Rakyat kian sukar setelah Majlis Tertinggi (MKT) Umno membuat keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap presiden Bersatu itu.

Walaupun kebanyakan ahli parlimen Umno dijangka kekal menyokong Muhyiddin, hanya peralihan sokongan beberapa orang di kalangan mereka yang diperlukan untuk menyebabkan Muhyiddin hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Utusan semalam melaporkan Rais sebagai berkata, dia difahamkan tiada usul tidak percaya akan dibawa ke sidang lima hari bermula 26 Julai ini, yang menurutnya akan mengutamakan soal penularan wabak Covid-19.

“Saya tidak menduga perkara itu (usul undi tidak percaya) berlaku sebab lunas untuk membuat perkara tersebut sangat terhad dan peraturan mesyuarat tidak membenarkan mana-mana pihak membuat usul tidak percaya yang sengaja hendak keruhkan keadaan pada hari sidang Dewan Rakyat,” kata pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu seperti dipetik.

Walaupun tidak pernah dibahaskan, usul undi tidak percaya – dan juga usul undi percaya – pernah dimasukkan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat sebelum ini.

Sidang lima hari akhir bulan ini dijangka dipenuhi dengan sesi penerangan menteri berhubung wabak Covid-19 serta meluluskan soal berhubung sidang hibrid.

Terdahulu, Speaker Dean Rakyat Azhar harun berkata sidang penuh akan dibuat pada 6 hingga 30 September dan 25 Oktober hingga 16 Disember.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata kenyataan Rais mencerminkan sikap berat sebelah yang tidak boleh ada untuk seorang Yang Dipertua Dewan Negara

Menyuarakan sentimen sama, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Rais sepatutnya bersikap berkecuali dan tidak mencampuri pertikaian politik semasa.

“Speaker jangan terbabit dalam politik,”  Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu juga berkata Rais tidak sepatutnya membuat kenyataan yang menurutnya bersifat “pramatang” dan cuba mendahului ahli parlimen dalam soal itu.

Rais jangan ‘over’ langkaui bidang kuasa Dewan Rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rafidah tanya 6 soalan kepada kerajaan

 


Sebaran :

Leave a Reply