COVID-19 mula jangkiti atlet Olimpik
COVID-19 mula jangkiti atlet Olimpik
TOKYO: Seorang atlet dan lima kakitangan di Olimpik Tokyo didapati positif COVID-19, umum penganjur semalam.
Pengumuman itu hadir ketika semakin ramai atlet tiba di Jepun, dengan kebimbangan terhadap penularan virus di temasya – yang akan bermula lapan hari lagi.
Pegawai berkata atlet berkenaan, yang bukan warga Jepun, dikenakan kuarantin 14 hari. Empat kontraktor tempatan dan seorang pegawai temasya turut positif.
Daripada 26 kes diumumkan penganjur sejak Julai, hanya yang diumumkan semalam membabitkan atlet, tetapi tidak didedahkan namanya.
Kebanyakan kes adalah daripada kalangan kontraktor tempatan.
Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach berkata, dia tidak bimbang dengan penularan virus berkenaan sepanjang temasya.
“Risiko untuk penghuni Perkampungan Sukan Olimpik dan risiko untuk penduduk Jepun adalah sifar,” kata Bach.
Antara protokol yang ditekankan untuk menghalang penyebaran virus ialah pemenang pingat perlu mengalungkan sendiri pingat. Berjabat tangan juga tidak dibenarkan. BH
COVID-19 mula jangkiti atlet Olimpik
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
- Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
- Pembiayaan politik dan bendera putih
- Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion
- Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
- Resepi Sandwich Tuna Pedas
You must be logged in to post a comment.