Yusoff Rawther saman Anwar atas dakwaan salah laku seksual

Yusoff Rawther saman Anwar atas dakwaan salah laku seksual

Muhammad Yusoff Rawther memfailkan saman sivil terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung dakwaan salah laku seksual dalam insiden yang didakwa berlaku pada Oktober 2018.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia selepas Pejabat Peguam Negara pada 14 Januari 2020 berkata pihaknya tidak akan membuat pendakwaan terhadap Anwar atas dakwaan itu kerana kekurangan bukti.

Tindakan itu disahkan peguam Yusoff, Mahajoth Singh kepada Malaysiakini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Yusoff memohon deklarasi bahawa defendan (Anwar) melakukan serangan seksual dan/atau beberapa perbuatan pencerobohan terhadapnya.

Dia juga menuntut ganti rugi khas sebanyak RM180 bagi setiap sesi terapi, selain ganti rugi umum, teladan dan teruk, kos mahkamah, faedah lima peratus setahun untuk sebarang jumlah penghakiman serta relif lain yang dianggap sesuai.

Pada tahun lalu, Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek berkata terdapat “percanggahan fakta material” yang tidak dapat menyokong pendakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk melakukan pendakwaan terhadap laporan yang dibuat berdasarkan keterangan yang terdapat dalam kertas siasatan.

Dalam keadaan itu, katanya lagi, Pejabat Peguam Negara bersetuju dengan polis supaya kes itu ditutup dan siasan hanya boleh dibukan semula jika terdapat bukti baru.

Pada November 2020, Yusoff membuat perakuan bersumpah mendakwa menjadi mangsa percubaan serangan seksual oleh Anwar di rumah ketua pembangkang itu pada 2 Oktober 2018.

Anwar menafikan dakwaan tersebut.

Yusoff Rawther saman Anwar atas dakwaan salah laku seksual


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker