Ustaz Abdul Somad positif Covid-19?
Ustaz Abdul Somad positif Covid-19?
UAS tolak ujian saringan Covid-19 walaupun ada gejala
JAKARTA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mengaku pernah mengalami gejala Covid-19 tetapi tidak menjalani sebarang ujian saringan, lapor Suara.com semalam.
Menurut UAS, apabila ada yang bertanya sama ada dia pernah dijangkiti Covid-19, dia tidak tahu tetapi ada mengalami gejala serupa.
Kata UAS, pada waktu itu, dia kehilangan deria bau, sakit badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini.
“Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu berat.
“Namun saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya,” katanya.
Baru-baru ini, UAS pernah mencetuskan kontroversi apabila mengecam tindakan kerajaan Indonesia menutup masjid di kawasan yang dikenakan perintah berkurung dan mengatakan agama dijadikan kambing hitam dalam perang melawan pandemik. K Online
Ustaz Abdul Somad positif Covid-19?
Baca Artikel Menarik :
- Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU
- Kaki sondol mata duitan, Fiza buat laporan polis
- Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin
- Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’