Resepi Mee Sup Siam Wajib Cuba
Resepi Mee Sup Siam Wajib Cuba
Kombinasi Sup Panas dan Pedas. Memang Terbaik! Sekali Cuba Pasti Ketagih!
Nur Ramizah berkongsi resepi masak mee/bihun sup siam yang menjadi dan yang penting sedap. Resepi ini untuk keluarga 5-6 orang makan.
Bahan Kuah Sup Siam :
Dada ayam 4 ketul,
Kaki ayam setengah kilo,
2 inci halia,
2 batang serai,
1 inci lengkuas,
Sos tiram,
Kicap sotong yang siam,
Kicap,
Kiub pati ayam 2 ketul,
Kiub pati ikan bilis 1 ketul,
Daun ketumbar,
2 biji bawang besar,
3 biji bawang putih,
Cara-cara :
Rebus ayam bersama akar ketumbar dan daun ketumbar, kiub ayam dan ikan bilis.
Masukkan halia, serai, lengkuas yang dititik.
Masukkan kicap sotong, sos tiram dan kicap.
Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
Rebus sehingga empuk.
Tumis berasingan bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
Masukkan kesemua bahan yang ditumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit baru tutup api.
Bahan Untuk Menghidang :
Fish ball, fish cake dan sayur kangkung dicelur.
Tauge ikut suka ingin mentah atau celur.
Mee/bihun dicelur secukupnya.
Potong cili hijau dicampur dengan sos sotong dan sedikit cuka.
Kacang digoreng tanpa minyak di buang kulit dan di kisar halus.
Cili melaka segenggam, 2 biji bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
Cili kering kisar (chilli flakes)
Siap untuk dihidangkan.
Resepi Mee Sup Siam Wajib Cuba
Baca Artikel Menarik :
- Kes rogol Exco: Polis jumpa disyaki air mani, seluar dalam
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU
- Kaki sondol mata duitan, Fiza buat laporan polis
- Setiap hari ibarat hari terakhir dalam hidup, nyawa bergantung kepada mesin
- Resepi nasi ulam serunding ‘terangkat’