PPV IDCC Shah Alam Ditutup, Petugas Positif Covid-19

 

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam akan ditutup pada Selasa (13 Julai) selama sehari susulan terdapat kes positif COVID-19 dikesan membabitkan petugas di pusat berkenaan.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan di Twitter awal pagi Selasa, penutupan itu bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

“Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi (Isnin) bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,”ujar CITF.

 

 

CITF pada masa menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan jika bergejala.

Susulan itu, janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan diumumkan secepat mungkin.

PPV IDCC Shah Alam Ditutup, Petugas Positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid kata tarik sokongan bukan kerana UMNO mahu PRU-15 sekarang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker