AS tawar ganjaran AS$5 juta untuk kesan warga Singapura

AS tawar ganjaran AS$5 juta untuk kesan warga Singapura

Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM24 juta) untuk mengesan seorang ahli perniagaan Singapura dalam buruan.

Dia dituduh melanggar sekatan ke atas Korea Utara, antara lain dengan melakukan penghantaran minyak menggunakan kapal tangki, yang dirampas tahun lalu.



Ganjaran itu diumumkan ketika AS menggesa penguatkuasaan ketat sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara selepas ia melancarkan peluru berpandu sehingga ada di antaranya mendarat terlalu hampir dengan perairan Korea Selatan.

Jabatan Negara AS itu menawarkan sehingga AS$5 juta (RM24 juta) untuk maklumat mengenai Kwek Kee Seng, atas banyak kesalahan membuat penghantaran bahan api ke Korea Utara dan pemindahan minyak dari kapal ke kapal serta pengubahan wang haram melalui syarikat pemula.

Pendakwa Raya Persekutuan di New York pada 2021 mengeluarkan waran tangkap untuk Kee Seng, setahun selepas salah satu kapal tangki minyaknya, M/T Courageous, dirampas oleh Kemboja atas permintaan AS berhubung pelanggaran sekatan yang dikatakan.

Kee Seng, 62, memiliki syarikat perkapalan Swanseas Port Services di Singapura, yang juga sekutu rapat AS.



Sementara itu, Program Ganjaran untuk Keadilan Jabatan Negara AS berkata, lokasi sebenar Kee Seng tidak diketahui.

Sebelum ini dia dikenal pasti berada di Korea Utara, Kemboja, Taiwan dan Thailand serta Cameroon selain di negara kecil Caribbean iaitu Saint Kitts dan Nevis. BH

AS tawar ganjaran AS$5 juta untuk kesan warga Singapura


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker