Universiti digesa kurangkan beban mahasiswa susulan kematian
Universiti digesa kurangkan beban mahasiswa susulan kematian
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menggesa pihak universiti mengurangkan beban kerja mahasiswa dan memandang serius isu kesihatan mental membabitkan mereka yang kini menjalani kelas dalam talian.
Ini katanya berikutan kematian dua mahasiswa universiti tempatan kerana dipercayai menghadapi tekanan akibat lambakan tugas, ujian dan peperiksaan yang terlalu berat.
“Pembelajaran atas talian yang telah dijalankan selama hampir dua tahun ini memberikan impak yang sangat membimbangkan terhadap kesihatan mental mahasiswa.
“Kesatuan berpandangan bahawa pihak pihak yang berkaitan perlu untuk tidak menidakkan suara mahasiswa yang mengutarakan isu ini. Mahasiswa berhak untuk menyuarakan isu yang kini melibatkan nyawa mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
KMUM berkata, walaupun universiti mempunyai autonomi dalam membuat keputusan berkenaan tugasan, ujian, peperiksaan dan hal ehwal akademik, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai pihak yang lebih berautoriti seharusnya campur tangan dalam isu itu.
“Mendiamkan isu ini bermakna nyawa mahasiswa tidak dipedulikan,” tegas mereka.
Sementara itu, Gerakan Mahasiswa Demokratik (GMD) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi serta institusi pengajian tinggi mengambil langkah meningkatkan kesihatan mental di kalangan pelajar.
Hapus subjek tak penting
Mereka mencadangkan bebanan kerja mahasiswa diminimumkan serta tiada tugasan atau ujian diberikan di saat akhir, selain masa rehat selama seminggu diberikan selepas setiap empat minggu.
“Tiada ujian, kuiz atau tarikh akhir penghantaran tugasan dalam minggu tersebut,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan ketua penerangan GMD, Affan Nassruddin dan Pengarah Libat Urus & Mobilisasi Muda, Dr Mathen Nair.
Selain itu, mereka juga meminta tarikh akhir penghantaran tugasan dilanjutkan supaya pelajar mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkannya tanpa tekanan berlebihan.
Katanya, subjek yang tidak penting juga perlu dihapuskan agar pelajar dapat fokus kepada subjek penting yang memberi impak kepada kebolehpasaran pelajar setelah bergraduasi.
“Mengambil kira situasi pandemik yang semakin kritikal melanda negara kita, pelajar tidak seharusnya diharapkan untuk meneruskan pembelajaran seperti tiada apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang mahasiswa jurusan pentadbiran perniagaan dari sebuah universiti awam meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah pada petang Jumaat yang lalu.
Mahasiswa berusia 22 tahun itu dilaporkan mengadu sakit kepala yang teruk dan muntah sebelum pengsan di sebuah rumah yang dihuni bersama seorang rakannya.
Seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dari kampus UiTM Jengka juga meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, pada Sabtu lalu setelah dilapor mengalami kecederaan di bahagian belakang dan atas kepalanya hingga berlaku pendarahan dalaman. Mk
Universiti digesa kurangkan beban mahasiswa susulan kematian
Baca Artikel Menarik :
- Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ – TMJ
- Bila pula saya sokong Muhyiddin – Najib
- Ismail Sabri boleh pangku jawatan Perdana Menteri
- ‘Ya, Ada Barang Bukti’- Ini 4 Fakta Penahanan Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Bila Kantoi Kes Dadah [VIDEO]
- Resepi Mee Jawa Sedap
- Bonda Rozita Ibrahim Bidas Dato Seri Vida Anggap Ayat ‘Malas’ Tidak Sesuai Digunakan [VIDEO]
Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]