Kini 2 ahli keluarga boleh 1 kenderaan

Kerajaan melonggarkan tatacara operasi standard bagi pergerakan orang ramai semasa perintah kawalan pergerakan fasa 4.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata bermula hari ini 2 orang dibenarkan untuk bergerak dalam 1 kenderaan, tetapi bersyarat.

“Dengan syarat kedua-duanya ahli keluarga dan dari rumah yang sama,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, kerajaan juga membenarkan pergerakan bagi memberi keperluan harian atau mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan melebihi radius 10km, tetapi bersyarat.

“Sekiranya keperluan dan perkhidmatan itu tidak terdapat dalam radius 10km dari kediamannya,” katanya.

SOP sebelum ini menetapkan pergerakan melebihi 10km atas budi bicara polis.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker