Shahidan dilantik Pengerusi Perbadanan PR1MA berkuatkuasa serta merta-Zuraida



Sebaran :

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

Berita baik itu diumumkan sendiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dalam sidang akhbar yang dijalankan hari ini, Zuraida berkata, pelantikan Shahidan berdasarkan pengalamannya selama lima penggal sebagai wakil rakyat.



Katanya, Shahidan juga cekap dalam tadbir urus korporat.

“Shahidan amat diperlukan untuk melonjakkan prestasi PR1MA,” katanya di sini hari ini.


Sebaran :


Leave a Reply