50 MT UMNO mahu Muhyiddin berundur
50 MT UMNO mahu Muhyiddin berundur
Ahmad Maslan dakwa 50 ahli MT Umno mahu Muhyiddin berundur
Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak berbalah mengenai keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan.
Katanya, seramai 50 daripada 56 anggota Majlis Tertinggi telah menandatangani borang untuk menyatakan persetujuan mereka sebelum mesyuarat diadakan pada minggu lalu.
Pada 7 Julai lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin yang dikatakan gagal membendung penularan Covid-19.
Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang diadakan secara maya.
Ahmad Maslan berkata, ada di kalangan ahli Majlis Tertinggi yang berbeza pendapat tentang bilakah Umno perlu menarik kembali sokongannya terhadap Muhyiddin, yang kini memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat.
Dia mendakwa segelintir ahli Majlis Tertinggi mahu perkara itu ditangguhkan.
“Ada yang cadangkan kita harus melakukannya ketika parlimen bersidang semula, atau waktu lain,” katanya kepada The Star.
Parlimen dijadualkan bersidang semula pada persidangan khas pada 16 Julai.
Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari dari 26 Julai hingga 2 Ogos, manakala Dewan Negara akan bersidang selama tiga hari mulai 3 Ogos.
Parlimen digantung berikutan pengisytiharan darurat pada 12 Januari berikutan lonjakan kes Covid-19.
Namun, pembangkang mendakwa Muhyiddin mengisytiharkan darurat untuk mengelakkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Ahmad Maslan berkata Majlis Tertinggi Umno berhak menafsirkan keputusan Perhimpunan Agung Umno, yang memberi mendat kepada presiden dan Majlis Tertinggi untuk memutuskan masa yang sesuai bagi menarik sokongan kepada perdana menteri.
Menjawab pertanyaan apakah penarikan sokongan itu bermaksud menteri Umno dalam kabinet Muhyiddin juga harus mengundurkan diri, dia berkata parti itu hanya mahukan perdana menteri berundur.
“Itulah yang kita minta, kita tidak pernah minta orang lain mengundurkan diri,” tambahnya.
Dia juga menegaskan Umno tidak akan bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim atau DAP untuk membentuk kerajaan. Mk
50 MT UMNO mahu Muhyiddin berundur
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu
- Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV
- Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO]
- Resepi Almond Nutella Cookies Rangup
You must be logged in to post a comment.