Serang polis, kontraktor berang lori disaman
Serang polis, kontraktor berang lori disaman
Kontraktor ditahan serang polis, berang lori disaman
Gara-gara marah lorinya disaman kerana membawa muatan sawit berlebihan, seorang kontraktor pengangkut komoditi itu ditahan kerana menyerang dan menghalang seorang anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di simpang Kampung Jebungan, Jalan Mukah-Balingan, di Sarawak pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mukah, Muhamad Rizal Alias berkata, dalam kejadian 7.14 pagi itu, anggota polis berusia 26 tahun terbabit bersama rakan lain yang sedang mengadakan SJR, didatangi lelaki berusia 53 tahun itu dalam keadaan marah-marah dan bersuara tinggi mendakwa mereka menyaman lori miliknya.
Katanya, suspek kemudiannya beredar dan kembali pada 9.13 pagi.
“Ketika datang kali kedua, suspek terus memegang pergelangan tangan kiri anggota polis berkenaan dengan kuat menyebabkannya mengalami kesakitan.
“Ekoran itu, anggota polis itu dengan bantuan anggota polis lain, RELA dan tentera di situ menahan suspek di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan dipetik Berita Harian.
Rizal berkata, suspek merupakan kontraktor dengan lima lori yang mengangkut buah kelapa sawit dari ladang Sebakong ke Kilang Rinwood Mukah.
“Suspek bertindak demikian kerana sebelum ini, lori miliknya disaman polis ketika membawa muatan buah sawit.
“Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut, manakala anggota polis itu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Mukah.”
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan. FMT
Serang polis, kontraktor berang lori disaman
Baca Artikel Menarik :
- Resepi gulai daging batang pisang
- Undi percaya terhadap PM perlu diusul
- Foodbank : Licin sekelip mata
- Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik
- UMNO harap empat perkara berlaku selepas tarik sokongan
- Diraba Pekerja Seks Punya Pasal Terus Hilang Hampir RM2,000
You must be logged in to post a comment.