Najib bidas propaganda Putrajaya dakwa Covid-19 tidak teruk

Najib bidas propaganda Putrajaya dakwa Covid-19 tidak teruk. Bekas perdana menteri, Najib Razak hari ini membidas propaganda yang dimainkan oleh Putrajaya yang mengatakan Covid-19 masa ini masih tidak teruk.

Beliau mempersoalkan propaganda dimainkan itu kononnya kes baharu tinggi sebab jumlah saringan yang dibuat lebih tinggi berbanding negara-negara jiran.

“Jika begitu, kenapa pula kadar kematian baharu Covid per kapita bagi Malaysia adalah lebih tinggi berbanding semua negara jiran kita dan antara yang tertinggi dalam dunia mengalahkan India.

“Buat lebih banyak saringan akan menyebabkan lebih banyak orang meninggal dunia ke,” katanya di Facebooknya.

Dalam pada itu, Najib juga mempersoalkan sekiranya tidak teruk, kenapa penggunaan kapasiti ICU dan kapasiti rawatan hospital bagi pesakit yang bergejala sudah mencecah kapasiti sehingga perlu ditempatkan di kawasan parkir hospital.

Beliau juga mempersoalkan jika tidak teruk, mengapa Malaysia berada di kedudukan antara paling corot dalam indeks Covid Bloomberg, Nikkei dan Economist.

“Jika keadaan Malaysia tak corot, bagaimana pula prestasi pasaran saham kita paling corot di Asia Pasifik dan keempat paling corot dalam dunia bagi tahun 2021.

“Kerajaan gagal dari sudut mana, ya. Saya nak bagitau bahawa Malaysia adalah satu-satunya sahaja negara dalam dunia yang diberikan kuasa darurat untuk gantung parlimen dan perlembagaan dengan alasan mahu fokus lawan Covid-19,” katanya.

Najib berkata, jika tak gagal, kenapa pula kerajaan perlu melaksanakan PKP 2.0, PKP 3.0, 3.1, PKP Penuh, Pelan Pemulihan Negara dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dalam tempoh tujuh bulan sahaja.

“Terpaksa kurung rakyat berbulan-bulan lamanya hanya sebab jumlah saringan tinggi, ya. Orang putih kata, ‘to solve a problem, you must first admit that you have a problem’. Susahlah bagi ‘frotnliners’, rakyat dan negara jika korang masih berada dalam khayalan. Tak ketum, gam. Cuma nak tahu gam cap apa,” katanya.

Najib bidas propaganda Putrajaya dakwa Covid-19 tidak teruk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRU-15: Adakah PH akan berkuasa semula?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker