Jangan berpolitik, rakyat sedang susah

 

Jangan berpolitik, rakyat sedang susah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan isu politik yang membelenggu negara baru-baru ini tidak seharusnya menjadi keutamaan ketika ini, sebaliknya kebajikan rakyat mesti diberi perhatian sepenuhnya.

Beliau berkata, menangani pandemik Covid-19 bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi semua pihak termasuk parti-parti politik.

Justeru, beliau menyeru parti-parti politik supaya bekerjasama membantu memerangi pandemik dan menghentikan segala bentuk tindakan yang boleh menjejaskan usaha pemulihan negara.

“Janganlah kita berpolitik sebab rakyat sedang kesusahan. Mereka perlukan fokus sepenuhnya bukan saja kerajaan tapi parti politik. Kerajaan berpandangan Covid-19 adalah isu yang merentasi fahaman politik. Covid-19 tidak mengenal ahli parti mana. Ahli DAP, PKR, UMNO, Bersatu, Pas, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) boleh kena.

“Covid-19 tidak terkecuali dan tidak mempunyai kekebalan kepada pihak tertentu. Ini merupakan satu peperangan bersama rakyat,” katanya dalam sidang akhabr di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) di setiap negeri dan daerah bagi membolehkannya diselaraskan di seluruh negara.

“Memang agak sukar sebab dalam SOP ada daerah boleh lakukan terutama berkait peralihan fasa satu dan fasa dua.

“Saya akan bincang dan Perdana Menteri bersetuju saya melihat perkara ini dengan lebih teliti bagi membantu permudahkan urusan pergerakan termasuk NGO yang menyalurkan bantuan kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Jangan berpolitik, rakyat sedang susah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenyataan media disiapkan lebih awal daripada mesyuarat MKT

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker