Segerakan Bantuan Khas Covid, rakyat sedang susah

Segerakan Bantuan Khas Covid, rakyat sedang susah

Segerakan Bantuan Khas Covid-19, jangan tunggu bulan Ogos – Asyraf

Segerakan Bantuan Khas Covid (BKC) dan jangan tunggu bulan Ogos.



Itu salah satu daripada 10 permintaan Pergerakan Pemuda UMNO kepada kerajaan untuk menambah baik bantuan kepada rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan jangan berkira sangat dan diminta meluluskan sahaja kedua-dua kategori penerima BPR/BKC dan penerima GKP-Geran Khas Prihatin.

“Ramai mengadu dinafikan BPR/BKC kerana GKP sedangkan GKP untuk bantu perniagaan terjejas sedangkan BPR/BKC lebih kepada keperluan menampung kehidupan diri dan keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, menurutnya, permudahkan proses rayuan tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan.



“Kerenah birokrasi akan menyusahkan rakyat terutamanya M40 yang hanya menerima RM250,” ujarnya.

Menurut Asyraf, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajar mengambilkira data terkini kerana ramai dalam kalangan rakyat terutamanya M40 yang jatuh ke kategori B40 sejak awal tahun ini ketika PKP 2.0 dan makin parah apabila PKP 3.0.

“Data pembayaran cukai 2020 tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan majoriti rakyat,” katanya. MG

Segerakan Bantuan Khas Covid, rakyat sedang susah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 




MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker