Kes pecah rekod, gedung serbaneka dibuka semula

Kes pecah rekod, gedung serbaneka dibuka semula

Warganet bingung gedung serbaneka di KL dibenarkan buka

Warganet bingung dengan pembukaan semula beberapa gedung serbaneka di Kuala Lumpur walaupun Wilayah Persekutuan masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Isetan mengumumkan di Facebook pembukaan semula cawangan di pusat beli-belah Suria KLCC, The Gardens dan Lot 10, manakala Sogo di Kuala Lumpur serta Johor Bahru menyambung semula operasi hari ini.

Johor masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Warganet mempersoalkan mengapa gedung itu dibuka semula kerana ia tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu. Ada pula bimbang ia akan menyebabkan orang ramai berhimpun dan penularan wabak Covid-19.

Pengguna Facebook, Lance Fu menyifatkan pembukaan semula itu sebagai “gila” dan bertanya jika Kuala Lumpur sudah beralih ke Fasa 2.

“Tak masuk akal, anda tidak pernah belajar daripada kesilapan,” katanya mengulas catatan Sogo.

Sementara itu, Ken Lee bertanya jika gedung serbaneka dibenarkan beroperasi semula ketika Fasa 1 adil untuk perniagaan lain yang terpaksa ditutup.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengemas kini SOP untuk negeri Fasa 1 pada 6 Julai lalu, dengan pasar raya, pasar raya besar dan gedung serbaneka, satu-satunya premis di pusat beli-belah dibenarkan beroperasi, begitu juga perkhidmatan perlu yang lain.

Terdahulu, bekas perdana menteri, Najib Razak berseloroh tentang SOP yang ditukar “secara senyap” untuk membenarkan gedung serbaneka beroperasi semula.

Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan masih kekal di bawah Fasa 1 PPN dengan kebanyakan kawasan di Selangor dikenakan sekatan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Sabah beralih ke Fasa 2 esok, menyusul Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. FMT

Kes pecah rekod, gedung serbaneka dibuka semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker