Bukan lari daripada serbuan tapi panik loceng kebakaran [VIDEO]

 

Bukan lari daripada serbuan tapi panik loceng kebakaran. Video tular mendakwa sekumpulan pekerja sebuah kilang di Seksyen 22 yang melarikan diri daripada serbuan tidak benar sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren yang berpanjangan di kilang tersebut pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan pihak penguatkuasa.



“Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku kegagalan fungsi ‘alarm’ kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, bunyi ‘alarm’ menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kebakaran.

@mykmu.netlari dari loceng kebakaran atau sangka serbuan penguatkuasa?

♬ original sound MYKMU.NET



“Kilang ini difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru iaitu lebih kurang sebulan ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan ‘evacuatian plan’,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang.

Rata-rata netizen mendakwa situasi tersebut berlaku disebabkan adanya serbuan pihak berkuasa di kilang terbabit.

Bukan lari daripada serbuan tapi panik loceng kebakaran




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sidang khas Parlimen beri peluang bahas langkah tangani Covid-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker