Sekolah tutup, kedai buku pun tutup juga

Sekolah tutup, kedai buku pun tutup juga

Sudahlah tidak dapat bersekolah, buku dan alat tulis pun tidak dijual – Pensyarah

Semakin ramai ibu bapa mengeluh kerana peralatan pembelajaran anak-anak sudah habis digunakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) namun sukar mendapatkan bekalan buku atau alat tulis.

Ini kerana buku dan alat tulis tidak dimasukkan sebagai barangan keperluan pendidikan.

Malah, kedai buku juga tidak beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh 1 Jun lalu.

Pensyarah Fakulti Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahtraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad mempersoalkan bagaimana anak-anak dapat meneruskan PdPR tanpa buku kerja, buku tulis dan alat tulis.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan sepatutnya mengambil usaha untuk berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar kedai alat tulis dimasukkan sebagai barangan keperluan pendidikan’ dan dibenarkan untuk dijual

”Agak pelik ada kedai peralatan rumah (hardware) yang dibenarkan dibuka tetapi rak alat tulis terpaksa ditutup dan tidak dibenarkan dijual. Apa rasional keputusan ini?,” tanya beliau.

Tegas Anuar, tanpa buku-buku kerja dan buku tulis yang baharu, anak-anak tidak dapat belajar dengan baik ketika PdPR.

Sudahlah mereka tidak boleh ke sekolah dalam keadaan sekarang, peralatan dan alatulis untuk mereka belajar di rumahnya juga tidak ada., ujar beliau.

Katanya, walaupun ada ibu bapa boleh membeli beberapa alat tulis secara online tetapi ramai juga ibu bapa yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak menggunakan kaedah ini.

Tidak semua keluarga menggunakan cara-cara pembelian dalam talian dan tidak semua buku buku kerja setiap mata pelajaran ada dijual secara dalam talian.

”Di dalam keadaan ini, keputusan kerajaan meletakkan buku kerja dan alat tulis dalam kategori ‘essential pendidikan’ sangat untuk membantu ibu bapa, guru-guru dan murid-murid,” ujar beliau. MG

Sekolah tutup, kedai buku pun tutup juga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker