Manusia dijangka boleh hidup sampai 130 tahun

Gambar Hiasan

Manusia dijangka boleh hidup sampai 130 tahun. Tempoh jangka hayat manusia dijangka mencecah 130 tahun sekali gus ia bakal memecahkan rekod individu paling tua di bumi tidak lama lagi, lapor satu kajian baru-baru ini.

Menurut para penyelidik dari Universiti Washington Amerika Syarikat (AS), jangkaan umur manusia pada hujung abad ini ialah antara 125 hingga 130 tahun.

Kajian itu mendapati peningkatan jangka hayat manusia itu akan berlaku secara berperingkat-peringkat.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sama ada ramai manusia yang akan mencapai umur tersebut.

Namun, ia menyatakan sekurang-kurangnya terdapat individu yang akan hidup dengan mencapai umur sehingga 130 tahun pada tahun 2100.

Kajian itu disiarkan pada 30 Jun lalu dalam laman web Demographic Research dengan menggunakan model statistik bagi menentukan berapa lama umur manusia hidup di dunia ini.

Rekod dunia manusia paling lama hidup di dunia yang diketahui setakat ini ialah Jeanne Calment dari Perancis selepas dia meninggal dunia pada tahun 1997 ketika berumur 122 tahun dan 164 hari.

Namun, para penyelidik percaya rekod tersebut akan dipecahkan tidak lama lagi.

Manusia paling tua yang diiktiraf di dunia ketika ini ialah seorang wanita, Kane Tanaka dari Jepun yang masih hidup dan berusia 118 tahun. – Agensi

Manusia dijangka boleh hidup sampai 130 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


2 menteri, 5 MP UMNO setuju keluar kerajaan?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker