Hilangkan Bosan Di Rumah, Ini Senarai Taman Dan Zoo Yang Anjurkan Lawatan Secara Maya

Hilangkan Bosan Di Rumah, Ini Senarai Taman Dan Zoo Yang Anjurkan Lawatan Secara Maya

Tidak pasti sampai bila, rakyat Malaysia sudah terbiasa berkuarantin di rumah sejajar dengan pelaksanaan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun lalu.

Dalam keadaan begini, setiap orang perlu duduk di rumah dan itu menuntut mereka lebih kreatif untuk hilangkan rasa bosan dan mengisi aktiviti sepanjang tempoh PKP.

Bermacam-macam cara dan hobi yang mungkin tidak pernah dilakukan boleh dipraktik di rumah bagi mengisi masa lapang, baik untuk diri sendiri juga anak-anak.

Selain sekadar tonton televisyen di rumah, anda juga boleh menghilangkan kebosanan di rumah dengan menyertai lawatan secara maya yang dianjurkan beberapa taman dan zoo di sini.

Pastinya akan mengubat kerinduan anda dan seisi keluarga setelah sekian lama tidak menjejaki di taman haiwan.

Berikut merupakan senarai taman dan zoo yang menganjurkan lawatan secara maya buat masa ini.

1. Taman Buaya dan Rekreasi Melaka

Lawatan Maya Zoo Malaysia
Sumber: Facebook

Orang ramai masih berpeluang ‘berkunjung’ ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka tetapi secara maya. Hanya dengan menggunakan aplikasi Google Meet serta membayar RM7 seorang, orang ramai mampu berkunjung serta meneroka Taman Buaya meskipun berada di rumah.

Lawatan maya itu dibuat pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja untuk sesi pagi dan petang serta terhad kepada 150 peranti untuk setiap sesi.

Penonton akan diberi penerangan berkenaan lebih 100 ekor buaya serta haiwan-haiwan lain yang terdapat di situ termasuk ular, arnab, rusa timur, rakun dan pelbagai jenis burung.

Selain itu, pengunjung juga akan didedahkan dengan sisi-sisi lain buaya yang ramai tidak tahu, sekali gus dapat melihat apa yang terbaru di Taman Buaya.

2. Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka

Lawatan Maya Zoo Malaysia
Sumber: Facebook

Pusat santuari dan pendidikan ini turut mengubah strategi menarik pelancong dengan mempromosikan pelancongan maya menerusi aplikasi Zoom.

Peserta akan dibawa melawat ke sekitar taman dan melihat haiwan yang berada di dalam taman selama kira-kira satu jam.

Tiket berharga RM6.90 dikenakan kepada setiap keluarga untuk menyertai sesi lawatan maya yang diadakan pada setiap Khamis serta Jumaat bermula 3 petang manakala Ahad pada 11 pagi.

Boleh ke SINI untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

3. Zoo Taiping & Night Safari

Lawatan Maya Zoo Malaysia
Sumber: Facebook

Pihak Zoo Taiping & Night Safari akan menganjurkan Sesi Facebook dan Instagram Live bersama pengunjung yang dirindui. Tidak kira di mana anda berada, anda berpeluang melawati Zoo Taping & Night Safari secara dalam talian.

Pengunjung berpeluang menyaksikan gelagat buaya tembaga secara langsung dan mendengar sesi penerangan oleh Pegawai Veterinar Zoo Taiping & Night Safari pada 4 Julai 2021 ini secara percuma!

Boleh ke SINI untuk maklumat lanjut.

Hilangkan Bosan Di Rumah, Ini Senarai Taman Dan Zoo Yang Anjurkan Lawatan Secara Maya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pesawat Kargo Alami Masalah Enjin Buat Pendaratan Cemas Di Perairan Hawaii

Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker