Haid menyakitkan, ini yang perlu anda tahu

Haid menyakitkan, ini yang perlu anda tahu

Pendarahan yang menyakitkan setiap kali haid?

Pernahkah anda mengalami tempoh menyakitkan dalam hari-hari kitaran haid anda?

Tidak dapat bekerja dan bersekolah selama beberapa hari setiap bulan kerana tidak dapat menahan sakit? Anda menderita kesakitan pelvis semasa persetubuhan?

Ya… anda mungkin mengalami endometriosis. Jutaan wanita di seluruh dunia menderita penyakit ini, di mana ia bukan sahaja menyebabkan kesakitan yang teruk, melesukan tetapi juga boleh menyebabkan kemandulan.

Oleh sebab itu, wanita terutama golongan remaja tidak boleh memandang remeh terhadap kitaran haid yang menyakitkan.

Mendapat nasihat perubatan dan rawatan pada peringkat awal dapat mengurangkan masalah pada masa yang akan datang terutamanya apabila seseorang wanita itu ingin hamil.

KETUMBUHAN DI LUAR RAHIM

Setiap bulan semasa kitaran haid, darah serta tisu akan berkumpul di lapisan rahim (endometrium) dalam persediaan untuk disenyawakan dan kemudian akan melekat di dinding rahim.

Walau bagaimanapun, jika telur tidak dapat disenyawakan oleh sperma, hormon di dalam badan akan menggugurkan darah dan tisu yang akan menjadi darah haid setiap bulan.

Bagi sesetengah wanita, ada tisu yang kelihatan dan bertindak seperti endometrium akan mula berkembang di luar rahim. Ini menyebabkan ketumbuhan pada permukaan di luar rahim, ovari, tiub falopio, ligamen yang menyokong rahim, usus, pundi, kawasan dalaman di antara faraj dan dubur dan rongga pelvis. Keadaan tisu endometrium di tempat-tempat luar pada rongga rahim dikenali sebagai endometriosis.

Ketumbuhan ini terdiri daripada jenis tisu dan darah yang sama dengan endometrium, ia akan bertindak kepada perubahan hormon semasa kitaran haid.

Tetapi tidak seperti tisu endometrial normal yang akan bertukar menjadi darah haid. Tisu yang tidak normal, endometriosis akan berkembang dan tidak dapat dikeluarkan.

Oleh itu, setiap kali kitaran haid, ketumbuhan ini akan membesar dan terus membesar sehingga menyebabkan kedatangan haid sangat sakit pada setiap bulan. Pertambahan darah dan tisu akan menyebabkan peradangan serta pendarahan dalaman.

APAKAH GEJALA-GEJALA ENDOMETRIOSIS?

Tanda-tanda endometriosis yang biasa dialami ialah sakit di bahagian bawah abdomen, terutamanya sebelum dan semasa kitaran haid. Sesetengah wanita mungkin mengalami kesakitan sepanjang kitaran haid. Darah haid terlalu banyak dan mungkin menjadi tidak menentu.

Ada juga mengalami kesakitan semasa hubungan seksual yang mungkin disebabkan oleh regangan tisu endometrium di belakang faraj.

Komplikasi biasa endometriosis adalah kemandulan di mana dianggarkan 30 peratus hingga 40 peratus wanita mengalami kesukaran persenyawaan.

Kemandulan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya tisu daripada endometriosis boleh terkumpul di sekeliling ovari dan menyekat pembebasan telur.

Pelekatan ini akan mempengaruhi tiub falopio mungkin mengganggu keupayaan telur yang dihasilkan oleh ovari dan bergerak ke rahim.

Sekali-sekala endometriosis akan mempengaruhi tiub falopio yang mengakibatkan halangan dan persenyawaan mungkin sukar berlaku. Endometriosis juga boleh mengganggu kitaran ovari dalam menghasilkan telur. Utv


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker