Sindiket Roti Tebuk Bagai Lagak Penyeludup Professional

Sindiket Roti Tebuk Bagai Lagak Penyeludup Professional

Tidak ubah seperti penyeludup profesional apabila ada antara rokok dirampas ditemui disembunyikan dalam kepingan roti ‘tebuk’.

Malah, ada juga kotak rokok yang atau peranti rokok elektrik (vape) disorokkan di dalam bungkusan mi segera dan kotak makanan bijirin.

Itu antara taktik penyeludupan bahan terlarang yang dihantar ahli keluarga kepada pesakit yang dikuarantin serta menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang di sini.

Mendedahkan perkara itu, Pegawai Pemerintah PKRC Maeps Serdang, Superintendan Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesan pelbagai taktik dilakukan waris dan ahli keluarga pesakit Covid-19 yang cuba menghantar rokok dan vape menggunakan pelbagai taktik licik.

Menurutnya, anggota polis yang bertugas di pintu masuk Maeps sememangnya diarahkan melakukan pemeriksaan rapi terhadap semua bungkusan atau beg yang mahu dikirimkan kepada pesakit Covid-19.

“Sebelum ini polis sememangnya memberikan kelonggaran kepada waris untuk menghantar makanan, ubat-ubatan atau alat telekomunikasi kepada pesakit dirawat.

“Rata-rata mereka ini menyedari bahawa menghisap rokok atau vape dilarang sama sekali di dalam Maeps terutama dalam kalangan pesakit.

“Ia susulan analisis Kementerian Kesihatan mendapati jumlah kes kematian disebabkan Covid-19 kepada individu yang merokok lebih tinggi berbanding bukan perokok iaitu 17.6 peratus berbanding 12.1 peratus.

“Malah, Covid-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Maka merokok boleh merosakkan fungsi paru-paru yang menjadi sasaran virus Covid-19,” katanya.

Norhizam berkata, terbaru pihaknya mengesan cubaan menyeludup beberapa kotak rokok yang disembunyikan di dalam roti dihantar seorang waris pada jam 7.15 malam kelmarin.

“Malah, sehari sebelum itu, kami turut merampas rokok daun dan tembakau yang turut disembunyikan di dalam kepingan roti yang ditebuk.

“Kegiatan penyeludupan ini makin menjadi-jadi apabila anggota saya turut merampas lima kotak rokok yang disembunyikan dalam bungkusan roti pada jam 3.15 petang kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, ada juga alat vape dirampas selepas disembunyikan dalam bungkusan mi segera, kotak makanan bijirin dan tabung keropok kentang.

“Biasanya pesakit di dalam Maeps akan menghubungi ahli keluarga dan meminta supaya rokok ini dihantar kepada mereka dengan pelbagai taktik penyeludupan kreatif.

“Saya beri amaran kepada mereka (waris) supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Majoriti kesalahan ini dilakukan oleh waris pesakit warga tempatan berbanding pesakit bukan warganegara,” katanya yang mula bertugas di Maeps sejak November tahun lalu.

Menurutnya, pihak polis yang bertugas di Maeps turut melakukan pemeriksaan mengejut ke dalam dewan kuarantin bagi memastikan rokok tidak dibawa masuk atau diseludup.

Menurut portal Doctor on Call, kebanyakan pesakit yang menghidap masalah asma, kegagalan jantung dan penyakit paru-paru yang kronik akan mengalami masalah sesak nafas.

Walaupun begitu, sesak nafas yang dialami pesakit virus ini berbeza kerana jika ia berlaku, pesakit lebih tercungap-cungap untuk menghirup udara.

Namun, biarpun sudah tercungap-cungap mahu ‘menyerap’ oksigen, masih ada pesakit yang dijangkiti virus ini masih tidak sedar dan gian mahu merokok.

Dalam satu perkongsian di Facebook Selangor Bebas Asap Rokok – Selbar, satu usaha untuk menyeludup rokok ke Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 berjaya dipatahkan.

Melihatkan pada perkongsian, pesakit menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan bahan berkenaan termasuklah dengan memasukkannya ke dalam mi segera cawan, tin biskut dan yang paling rare ialah di roti.

Disebabkan ketagihan yang berpunca daripada nikotin, seseorang boleh hilang pertimbangan sehingga melakukan perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang sekeliling.

Antara perbuatan seludup rokok ke pusat kuarantin seperti di atas.

Tahukah anda, merokok atau menghisap vape adalah salah satu daripada risiko seseorang mudah dijangkiti wabak pandemik ini?

Ini kerana sentuhan tangan ke mulut, berkongsi rokok atau peranti vape selain daripada kerap kali membuka pelitup muka.

Bukan itu sahaja,Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nur Suhaila Idris berkata, apabila seseorang itu merokok atau menghisap vape, mereka amat mudah dijangkiti COVID-19 dan berisiko teruk disebabkan kesan merokok atau menghisap vape yang mengganggu bahagian organ dalaman iaitu paru-paru.

Sebelum ini kami ada berkongsi kisah seekor kucing yang menjadi kambing hitam dalam cubaan menyeludup bekalan dadah ke penghuni penjara.

Cubaan yang melibatkan seekor kucing yang diikat dengan kantung berisi pelbagai jenis dadah itu dihentikan pegawai yang menjaga pintu masuk penjara utara ibu kota Panama yang menempatkan lebih daripada 1,700 tahanan.

Sumber & Foto: HM/FB Selangor Bebas Asap Rokok – Selbar

Sindiket Roti Tebuk Bagai Lagak Penyeludup Professional


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Risiko jangkitan Covid-19 melalui kentut

[VIDEO] Lelaki Kebal Spray Baygon Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker