Beruang matahari mati dirempuh di LPT2

Beruang mati dirempuh di LPT2

DUNGUN: Seekor beruang matahari mati dirempuh kereta di Kilometer 367.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, beruang yang dianggarkan seberat kira-kira 50 kilogram itu dipercayai cuba melintas lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kejadian kereta yang dipandu guru wanita berusia, 55, dari arah Kuala Terengganu melanggar beruang terbabit.

“Kenderaan terbabit tidak sempat membrek dan merempuh beruang menyebabkan kereta hilang kawalan dan melanggar besi pembahagi jalan.

“Guru terbabit dari Bukit Payung dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Padang Pulut,” katanya.

Beliau berkata, guru terbabit tidak cedera.

Sebelum ini kejadian serupa berlaku kepada seorang penunggang motosikal di LPT2.

Dalam kemalangan itu penunggang motosikal terbabit, Ahmad Hafizzudin Zulkipli, 29, mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh apabila merempuh haiwan berkenaan.

Ketika kejadian, Ahmad Hafizuddin yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kuala Terengganu.

Setiba di tempat kejadian, seekor beruang secara tiba-tiba melintas di lokasi menyebabkan Ahmad Hafizuddin merempuhnya selepas gagal mengelak.

Rempuhan terbabit menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan namun bernasib baik kerana hanya cedera di bahagian dagu.

Mangsa kemudiannya dihantar orang ramai ke Hospital Dungun untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Beruang matahari ialah spesies terancam dan dilindungi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jurukimpal maut tersepit paip keluli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker