Kempen bendera putih bukan propaganda politik – Mahathir
Kempen bendera putih bukan propaganda politik – Mahathir
Dr Mahathir Mohamad tidak percaya bahawa kempen bendera putih adalah propaganda politik kerana ramai rakyat kini benar-benar sedang bergelut.
Kempen berkenaan menyeru mereka yang memerlukan bantuan untuk mengibarkan kain putih di luar kediaman mereka sebagai isyarat meminta bantuan, susulan peningkatan kes bunuh diri baru-baru ini.
“Jika tiada isyarat, bagaimana kita nak tahu sama ada mereka perlu bantuan?” soalnya semasa sesi Facebook Live di Amin Idris Show.
Dengan mengibarkan bendera putih, katanya, mereka yang ingin menyumbang senang mengenal pasti siapa yang memerlukan bantuan.
“Ini bukan bersifat politik. Jika mereka kibarkan bendera putih, maksudnya mereka memang perlu bantuan. Tak salah sama sekali, itu adalah hak mereka,” katanya.
Mahathir, yang memuji kempen berkenaan sebagai usaha yang baik, berkata jika tiada bantuan diberikan, akan tercetus lebih kekecewaan yang boleh mendorong lebih banyak kes bunuh diri akibat penderitaan yang ditanggung.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam dilaporkan menganggap kempen mengibar bendera putih sebagai propaganda politik yang sengaja dicipta bagi membina persepsi negatif terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau mengingatkan orang ramai yang terputus bekalan makanan untuk menghubungi pelbagai saluran lain mendapatkan bantuan.
Turut dilaporkan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup bagi mendapatkan bantuan.
Katanya, tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana ia mencerminkan sikap putus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi. FMT
Kempen bendera putih bukan propaganda politik – Mahathir
Baca Artikel Menarik :
- UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN
- Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri
- ‘Bodoh Tu Simpan Sikit Dalam Sungai Supaya Orang Tak Nampak’ – Che Ta Sound Tepat
- Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian
- Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.