Tiz Zaqyah Aktres Terbaik AACA

Tiz Zaqyah Aktres Terbaik AACA

Pelakon terkenal, Tiz Zaqyah bersyukur apabila dinobatkan sebagai Aktres Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2023 (AACA 2023) menerusi lakonan mantapnya dalam drama bersiri, Liar.

Anugerah itu sekali gus pengiktirafan buatnya selepas 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.



Tiz atau pemilik nama sebenarnya, Siti Zaqyah Razak, 34, dia mendapat tahu kemenangannya itu daripada penerbit dan pengarah drama berkenaan.

“Alhamdulillah, kejayaan ini cukup bermakna buat saya dan seluruh pasukan produksi drama bersiri ini.

“Drama Liar ini menarik kerana ia mengetengahkan hak wanita dan semua wanita juga ada hak untuk bersuara bila berlaku penindasan dalam hidup.

“Saya berharap drama Liar ini akan memberi inspirasi dan motivasi pada penonton,” katanya kepada Harian Metro.



Mengulas lakonannya dalam drama Liar, kata Tiz, dia melakonkan watak Lara Sulaiman yang juga mangsa rogol dalam siri berkenaan.

“Watak Lara sangat mencabar kerana sebagai wanita menjadi mangsa rogol adalah sangat sensitif.

“Saya juga banyak bermain emosi dan berperang dengan masalah kesihatan mental untuk menjiwai watak terbabit,” kata pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri popular Nur Kasih itu.

Drama sebanyak 12 episod itu adalah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award.



Kejayaan itu membuatkan Tiz berjaya menewaskan calon lain di rantau Asia Pasifik seperti Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea dan Taiwan.

Drama Liar menceritakan dua insan bertemu dalam temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan.

Selain Tiz, drama Liar menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.

Liar menampilkan sentuhan tiga pengarah iaitu Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min serta ditayangkan di Astro.



Sementara itu, malam gala AACA 2023 akan berlangsung di Singapura pada Disember depan. BH

Tiz Zaqyah Aktres Terbaik AACA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker