Industri bunga Cameron Highlands lumpuh

Industri bunga Cameron Highlands lumpuh

CAMERON HIGHLANDS – Industri bunga di tanah tinggi Cameron Highlands ‘lumpuh’ selepas terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pengerusi Persatuan Bunga Cameron Highlands, Lee Peng Fo berkata, sehingga kini sekurang-kurangnya 50 pekebun bunga berskala kecil terpaksa gulung tikar apabila terkesan teruk akibat pelaksanaan PKP.



“Pekebun yang hanya bergantung kepada pasaran tempatan pastinya tidak dapat meneruskan projek tanaman bunga disebabkan tiada permintaan apabila semua majlis rasmi tidak boleh diadakan dalam tempoh yang panjang.

“Bagi memastikan pendapatan mereka tidak terus terputus kebanyakan pekebun bunga kini terpaksa beralih dengan menanam sayuran yang masih mendapat permintaan daripada pengguna,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, terdapat lebih 200 pekebun bunga berskala kecil dan besar di Cameron Highlands yang mana sebanyak 75 hingga 80 peratus pekebun memasarkan keluaran bunga mereka ke luar negara dan selebihnya tempatan.

Katanya, selain pekebun bunga berskala kecil yang terpaksa gulung tikar pekebun yang mengusahakan tanaman bunga berskala besar juga terpaksa mengecilkan tanaman. K Online




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Petaling Street dipenuhi notis ‘untuk dijual’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker