Parlimen tak terbubar meski dua persidangan langkau enam bulan

PAC lumpuh

Parlimen tak terbubar meski dua persidangan langkau enam bulan. Parlimen tidak terbubar secara automatik walaupun jarak masa enam bulan tiba hari ini iaitu 29 Jun 2021 sekiranya dikira dari tarikh 29 Disember 2020.

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, perkara itu setelah meneliti Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021.

“Jarak masa enam bulan antara persidangan akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertama dalam penggal berikutnya adalah peruntukan di bawah Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan dengan ‘memanggil’ Parlimen untuk bersidang.



“Pada Seksyen 14(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) adalah dinyatakan: “Peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan…”.

“Oleh kerana Seksyen 14(1)(a) telah menyatakan, antara lain, ‘memanggil’ Parlimen tidak mempunyai kesan, maka jarak masa enam bulan juga tidak memberi kesan,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Justeru, pada pandangan beliau, Parlimen tidak terbubar secara automatik walaupun jarak masa antara dua persidangan telah melangkau enam bulan.

Parlimen tak terbubar meski dua persidangan langkau enam bulan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu ugut doktor kontrak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker