Jangan normalisasikan tindakan bunuh diri

Jangan normalisasikan tindakan bunuh diri. Stigma kepada perbuatan orang yang membunuh diri sebagai tidak waras adalah satu pandangan yang salah, dan ia tidak sepatutnya dinormalisasikan, kata Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim.

Beliau berkata, masyarakat juga perlu berhati-hati dalam memberi pandangan mengikut hadis Rasulullah SAW, agar ia tidak menjadi pencetus seolah-olah membunuh diri itu adalah sesuatu yang dibenarkan.

“Kita ambil yang asas, yang mana perbuatan bunuh diri itu termasuk dalam salah satu daripada dosa-dosa besar. Sekiranya ada bukti-bukti tindakan bunuh diri itu dilakukan dengan iktikad keyakinan bunuh diri itu halal, maka matinya itu mati kafir, kerana menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah.

“Namun, jika kejadian bunuh diri itu tiada bukti-bukti yang dia menghalalkan perbuatan tersebut, matinya masih dalam Islam dan dia wajib diselenggara (dikategorikan) sebagai seorang Islam,” katanya ketika menjadi panel pada program bual bicara Seminar Kelestarian Integriti, di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut menyeru agar masyarakat menggandakan keprihatinan bersama anggota keluarga, kejiranan, rakan-rakan serta sesiapa sahaja, agar mereka tidak merasa sendirian mahupun tersisih daripada bantuan serta orang ramai.

Dalam pada itu beliau berkata, saluran bantuan juga boleh diberikan kepada mana-mana pihak atau agensi di negeri ini, sekiranya sesetengah individu tidak dapat memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Di Perak kita ada banyak pihak dan agensi yang boleh membantu. Sekiranya individu tidak dapat membantu orang yang dalam kesusahan, salurkan sahaja maklumat dan bantuan kepada mana-mana pihak,” jelasnya.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini kes kematian akibat bunuh diri semakin meningkat, disaat pihak kerajaan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Beliau menarik perhatian, antara faktor penyumbang kejadian ini disebabkan kematian ahli keluarga berikutan COVID-19, hilang pekerjaan, putus asa, masalah pembelajaran dalam talian (PDPR) dan sebagainya.

Dilaporkan, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak 18 Mac hingga 30 Okt tahun lalu ketika PKP 1.0, sebanyak 266 kes bunuh diri telah dilaporkan dan ia terus meningkat ketika ini.

Pada 16 Jun lepas, terdapat tiga kes bunuh diri dilaporkan pada hari yang sama, diikuti pada 18 Jun dan yang terbaru, mayat lelaki berumur 56 tahun ditemui tergantung akibat bunuh diri di Balakong, Selangor semala

Jangan normalisasikan tindakan bunuh diri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lif terhempas dari tingkat, 3 wanita cedera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker