Che Nom Saran Belajar Benda Baru Ketika Lockdown.

Che Nom Saran Belajar Benda Baru Ketika Lockdown

Che Nom Saran Belajar Benda Baru Ketika Lockdown.

Memandangkan situasi PKP yang masih belum berkesudahan ini, majoriti rakyat Malaysia sudah tidak betah duduk di rumah sahaja.

Bagi mereka yang terjejas pendapatannya sudah buntu lalu meminta bantuan dari kerajaan dan sebagainya.

Menyedari itu, pemengaruh (influencer) yang terkenal dengan resipi di laman Youtube Che Nom mengambil kesempatan untuk menasihatkan anak muda agar mempelajari ilmu baharu bagi mengisi masa senggang mereka.

Namun, ianya tidak dipersetujui oleh segelintir netizen yang merasakan ianya bukan lah cara tepat. Di kala ekonomi merundum, orang lebih memikirkan perut untuk diisi, berbanding ilmu, dapat duit?

Che Nom Saran Belajar Benda Baru Ketika Lockdown

Bagi sesetengah netizen, saat ini adalah sangat kritikal terutamanya mereka yang tidak mempunyai pendapatan. Ada yang bergaduh suami isteri, berhutang dengan ceti haram sehingga ada yang membunuh diri. Masalah boleh selesai dengan ilmu baharu?

Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat, cadangan Che Nom memang tidak terpakai untuk semua orang. Jika ada yang boleh mendapat manfaat dari saranan tersebut, mengapa pula ada yang panas hati?

Che Nom Saran Belajar Benda Baru Ketika Lockdown

 

Jadi, anda kategori mana? Ilmu baharu apa yang dipelajari atau rungsing kerana duit simpanan makin susut? Jika yang kedua, mungkin saranan ini bukan untuk anda.

Che Nom Saran Belajar Benda Baru Ketika Lockdown.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Video tular, cantiknya Che Nom macam Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker