Rachel Zegler jawab kritikan tak layak pegang watak Snow White
Rachel Zegler jawab kritikan tak layak pegang watak Snow White.
AWAL minggu ini, penyanyi dan pelakon muda, Rachel Zegler diumumkan bakal memegang watak Snow White dalam versi live-action filem pertama keluaran Disney itu.
Ketika berita itu disambut penuh kegembiraan para peminatnya, masih ada komen yang mempertikaikan keputusan Disney mengambil pelakon Latin dalam peranan yang sebelum ini digambarkan sebagai berkulit putih.
“Yes, I am Snow White. No, I am not bleaching my skin for the role.”
Rachel membalas reaksi itu dengan satu ciapan berbunyi “Ya, saya adalah Snow White. Tidak, saya tidak memutihkan kulit saya untuk peranan itu,” namun ciapan itu kemudian dibuang.
Studio ini kini sedang menjalankan penggambaran live-action The Little Mermaid, dengan Halle Bailey, seorang pelakon kulit hitam, memegang watak Ariel.
homegirl we have LOTS to catch up on pic.twitter.com/gtNsrpITm0
— rachel zegler (she/her/hers) (@rachelzegler) June 22, 2021
Pengarah live-action berkenaan, Marc Webb turut memuji pemilihan Zegler.
“Dia bukan sahaja punya vokal yang baik, tetapi dia mempunyai keyakinan, kebijaksanaan dan optimistik yang pastinya akan membawa sesuatu yang berbeza kepada karya Disney kali ini,” kata Webb.
Filem ini akan mula menjalani penggambaran tahun hadapan.
Rachel Zegler jawab kritikan tak layak pegang watak Snow White
Baca Artikel Menarik :
- Azhan Rani Lega Akaun Ada Lebih Setengah Juta
- FAZURA : MATA KETUMBIT TAPI MASIH CANTIK [VIDEO]
- Agong panggil Speaker Dewan menghadap
- Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya
- Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi
- Resepi Kek Ogura Pandan Bergedik
Layari Laman Facebook MYKMU