PKP akan sambung sehingga Aidiladha?


PKP akan sambung sehingga Aidiladha?

Kes Covid-19 yang melebihi angka 5,000 bagi empat hari berturut-turut membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) akan disambung lagi.

SPP Fasa 1 dijadualkan tamat pada Isnin ini namun kriteria sasaran untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi terutama angka kes baharu yang tidak menunjukkan penurunan.

Sektor perkilangan sekali lagi menyumbang kepada jumlah kes positif harian tertinggi dengan 80 peratus kluster baharu yang dikesan adalah dari tempat kerja.

Berdasarkan pelan pemulihan negara yang dibentangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu menetapkan untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian Covid-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap ‘sederhana’; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sehingga malam tadi hanya enam peratus penduduk yang sudah menerima vaksin.

Menteri yang memantau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick), Khairy Jamaluddin juga menjangka negara akan mencapai 10 peratus penduduk diberi vaksin sepenuhnya pada pertengahan Julai.

Pengumuman keputusan sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) biasanya akan memaklumkan dua hari sebelum tempoh PKP tamat pada Isnin ini.

Namun sehingga hari ini, tiada sebarang pengumuman dilakukan oleh mana-mana pihak.

Jika PKP disambung selama 14 hari ia bermaksud akan berakhir pada 12 Julai ini namun umat Islam akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini merekodkan 60 kluster berkaitan perayaan Mei lalu.

Jadi tidak mustahil PKP akan dilanjutkan sehingga Aidiladha berakhir. HM

PKP akan sambung sehingga Aidiladha?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker