Kapal TLDM selamatkan nelayan tempatan terjatuh laut

Kapal TLDM selamatkan nelayan tempatan terjatuh laut. Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mahamiru berjaya menyelamatkan seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan di waktu malam.

Ketika itu, KD Mahamiru sedang melaksanakan Rondaan Selat Melaka dan Op Benteng Laut berhampiran sempadan perairan antarabangsa.

Menurut jurucakap Pusat Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat, kejayaan itu adalah hasil perkongsian maklumat sebuah kapal dagang MV SK Splendor yang kebetulan melalui kawasan tersebut.



“Hasil siasatan lanjut, mangsa tersebut merupakan awak-awak bot nelayan tempatan yang terjatuh ketika melaksanakan aktiviti penangkapan ikan di waktu malam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut jurucakap itu lagi, insiden berlaku semasa keadaan laut bergelora.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan selanjutnya.

Jurucakap itu mengingatkan agar nelayan tempatan meningkatkan tahap keselamatan ketika menjalankan aktiviti perikanan di laut.

Dalam masa sama, jurucakap itu mengucapkan terima kasih kepada semua warga komuniti maritim, yang sentiasa peka dengan situasi dan berkongsi maklumat terhadap aktiviti-aktiviti di laut dengan agensi serta penguatkuasa maritim negara.



Menurutnya, Inisiatif Bertanya Khabar (IBK) serta Inisiatif Berkongsi Maklumat (IBM) banyak membantu TLDM serta agensi penguat kuasa yang lain di dalam pelaksanaan Op Benteng Laut.

Foto ihsan TLDM

Foto ihsan TLDM

Katanya, sepanjang Mei sahaja, TLDM bersama agensi keselamatan maritim seperti APMM, Pasukan Polis Marin (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berjaya melaksanakan 2,057 penglihatan, 630 pemeriksaan dan 25 penangkapan atas pelbagai kesalahan di bawah pelbagai akta di kawasan Op Benteng dari Perairan Selat Melaka hingga ke Laut China Selatan.

Antara akta itu ialah Akta Perikanan, Akta Imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM).



“Kerjasama bersepadu di antara agensi maritim negara ini juga telah membolehkan kapal-kapal TLDM yang melaksanakan Op Benteng Laut di sempadan perairan negara Selat Melaka melaksanakan 32 pemeriksaan serta mengusir 12 buah kontak yang mencurigakan sepanjang minggu ini,” ujarnya.-Awani

 

Kapal TLDM selamatkan nelayan tempatan terjatuh laut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




FDA tambah amaran radang jantung pada Pfizer, Moderna

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker