Justifikasi Syarikat Pemberi Pinjam Wang dibenarkan beroperasi semasa PKP – Zahid

Justifikasi Syarikat Pemberi Pinjam Wang dibenarkan beroperasi semasa PKP - Zahid

Justifikasi Syarikat Pemberi Pinjam Wang dibenarkan beroperasi semasa PKP – Zahid

Saya ambil masa sedikit untuk mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Isu yang sedang galak menjadi bahan tawa rakyat.

Sebagai pemimpin kena bersikap adil. Mungkin ada justifikasi oleh kerajaan PN disebalik isu ini. Namun selepas beberapa hari zero.

Maka saya hari ini sentuh sedikit tentang isu dimaksudkan iaitu syarikat Pemberi Pinjam Wang dibenarkan beroperasi semasa PKP.

Pertamanya kita tidak faham bagaimana syarikat Pemberi Pinjam Wang boleh dianggap sebagai perkhidmatan penting ketika ini.

Dibenar beroperasi serta merta selepas dipersetujui Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 18 Jun lalu.

Malah jadi sektor ke-13 perkhidmatan perlu dibawah Kluster Kerajaan Tempatan dalam sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0).

Walhal banyak segmen perniagaan lain yang benar-benar penting termasuk berkait keperluan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) masih dilarang.

Kedua, perkara ini boleh menambah persepsi tidak baik terhadap cara kerajaan PN menguruskan impak pandemik Covid-19.

Seolah-olah menggalakkan rakyat dalam kesulitan akibat ‘total lockdown’ caca marba untuk meminjam daripada syarikat Pemberi Pinjam Wang.

Ini kerana tiada justikasi yang murni mengapa syarikat Pemberi Pinjam Wang dijenamakan semula sebagai Kredit Komuniti dianggap “essential”.

Ketiga, rakyat mula tertanya-tanya inikah sahaja level kemampuan kerajaan PN berfikir untuk membantu rakyat yang sedang sengsara?

Kelihatan seperti mahu menyerahkan sebahagian tanggungjawab menghulurkan tunai kepada Pemberi Pinjam Wang yang semestinya ‘kecil tapak tangan nyiru mereka tadahkan’.

Keempat, bukankah ada kaedah lebih baik dan selamat untuk rakyat mendapatkan pinjaman wang iaitu daripada agensi-agensi kerajaan.

Antaranya perluaskan dan permudahkan pinjaman oleh TEKUN. Mungkin gunakan Mykad sahaja sudah cukup untuk diberi pinjaman segera.

Apapun keputusan terbaru kerajaan PN itu semakin membuat rakyat sangsi terhadap kenyataan-kenyataan kerajaan PN kerajaan yang prihatin nasib rakyat.

#Pemberipinjamwang

#Kreditkomuniti

#Perkhidmatanpenting

#pkp3

Ahmad Zahid Hamidi
PresidenUMNO/ Pengerusi BN Malaysia

Justifikasi Syarikat Pemberi Pinjam Wang dibenarkan beroperasi semasa PKP – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PKP akan sambung sehingga Aidiladha?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker