Jamal minta maaf langgar SOP
Jamal minta maaf langgar SOP
“Saya seperti di telan mati mak, diluah mati bapa…” – Jamal Abdillah minta maaf
RAJA Pop, Datuk Jamal Abdillah secara terbuka memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas tindakannya menerima ajakan makan durian dan berkaraoke di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak, Jumaat lalu.
Menurut Jamal,63, dia akui kesal dengan apa yang terjadi dan meminta agar masyarakat tidak mencontohi apa yang dilakukan.
“Ia merupakan kelalaian saya yang didapati melanggar SOP….kesilapan yang saya sangat kesal. Saya mohon maaf khususnya buat pembaca URTV di atas kelemahan yang datang daripada diri saya. Saya harap masyarakat tidak mencontohi apa yang saya lakukan.
“Dalam pada saya mahu menjaga hati kawan-kawan, tapi tak sangka pula saya terlalai dan kurang peka dengan SOP,” katanya ketika dihubungi URTV.
Menjelaskan kejadian sebenar, kata Jamal dia berada di ladang tersebut bagi mendapatkan baja kolam ikan yang diusahakannya.
“Saya pergi ke sana untuk urusan mendapatkan baja kolam ikan milik saya. Secara kebetulan, kawan-kawan saya yang berada di lokasi sama mempelawa untuk makan durian di dusun milik mereka.
“Memandangkan sekarang tengah musim durian, memang banyak buah yang gugur. Malah, saya juga dijamu dengan makanan tengah hari.
“Pada peringkat awal, hanya saya dan isteri serta pembekal baja dan pemilik dusun durian saja…tetapi tak tahu macam mana, mungkin rakan saya beritahu rakan-rakan lain yang Datuk Jamal ada di situ, tiba-tiba ia jadi ramai tapi tak ada lah melebihi 10 orang,” ujarnya.
Tambah penyanyi Belenggu Rindu itu lagi, dia turut diminta untuk menyanyikan sebuah lagu sebagai hiburan dan kenangan kepada individu-individu yang berada di lokasi tersebut.
“Saya buka pelitup muka sebab sedang makan. Nak dijadikan cerita, ada set karaoke di situ, saya diminta untuk nyanyi satu lagu. Untuk jaga hati kawan-kawan, saya turutkan.
“Mungkin secara peribadi ada yang tak puas hati dan bertindak menularkan gambar-gambar terbabit…saya pula yang jadi mangsa.
“Saya seperti di telan mati mak, diluah mati bapa. Kalau tak penuh permintaan, nanti orang kata saya sombong pula. Tapi bila saya buat, makan diri…itulah yang terjadi pada saya,” tuturnya.
Terdahulu, beberapa keping gambar Jamal bersama Sekumpulan individu sedang menikmati durian dan berkaraoke telah tular di media sosial sekali gus membangkitkan kemarahan orang ramai.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Jaaml dan beberapa individu lain yang dipercayai peniaga dan penduduk kampung bagi membantu siasatan.
Kata Jamal, dia sudah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis dengan hadir ke Balai Polis Tapah, kira-kira pukul 1.30 petang tadi.
“Saya sudah beri keterangan seperti yang diminta pihak polis petang tadi. Manakala individu-individu lain dah dipanggil sejak semalam.
“Hal ini masih dalam siasatan dan tak berani mencampuri urusan pihak polis serta buat kesimpulan. Yang boleh saya cakap katakan, saya mohon maaf pada semua,” ungkapnya.
Jamal minta maaf langgar SOP
Baca Artikel Menarik :
- Azhan Rani Lega Akaun Ada Lebih Setengah Juta
- FAZURA : MATA KETUMBIT TAPI MASIH CANTIK [VIDEO]
- Agong panggil Speaker Dewan menghadap
- Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya
- Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi
- Resepi Kek Ogura Pandan Bergedik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.