Mati selamatkan remaja jatuh longkang


Mati selamatkan remaja jatuh longkang

‘Pergi’ tinggal 4 cahaya mata, penghantar barang lemas selamatkan mangsa jatuh longkang

‘Pergi’ meninggalkan empat cahaya mata masih kecil.

Itu yang berlaku apabila seorang lelaki, Mohd Asraf Mohd Hisham Tan, 32, ditemukan lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja terjatuh dalam longkang di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor, petang tadi.



Mohd Asraf, 32, yang merupakan penghantar barangan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.

Abang mangsa, Mohd Izhar, berkata adiknya meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja dengan empat orang anak masih kecil berusia antara enam bulan hingga lima tahun.

Dalam kejadian itu, dia difahamkan Mohd Asraf terus terjun ke dalam longkang terbabit selepas menyedari terdapat seorang kanak-kanak dalam keadaan terkapai-kapai dihanyutkan arus deras.

“Adik saya bekerja sebagai ‘runner’, ketika dia dalam perjalanan pulang, dia ternampak seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam longkang.



“Tanpa berlengah dia terus terjun ke dalam longkang berkenaan bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun air terlalu deras ketika itu menyebabkan dia turut dihanyutkan sekali,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Dalam kejadian 4.12 petang, mangsa dan seorang remaja berusia 13 tahun ditemukan lemas dalam longkang berdekatan Masjid Taman Cendana.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa berjaya menemukan kedua-duanya pada 6 petang sebelum ditamatkan pada 7 petang selepas seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas ditemukan selamat. FMT



Mati selamatkan remaja jatuh longkang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki campak kucing ke sungai dicari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker