Sistem perubatan dalam keadaan genting, Apa kerajaan buat?
Sistem perubatan dalam keadaan genting, Apa kerajaan buat? Surat terbuka Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kepada semua Ahli Parlimen dan kerajaan Malaysia menjelaskan kegusaran mendalam mereka terhadap sistem kesihatan negara, yang berisiko tumbang dan gagal jika tiada tindakan penambahbaikan diambil segera.
Antara perkara yang disuarakan adalah ketidakcukupan sumber manusia dan ruang pembangunan bagi sektor perkhidmatan awam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketidakcukupan ini sebenarnya telah lama wujud dan kini diburukkan lagi dengan kedatangan pandemik global COVID-19 yang menuntut hospital mengerahkan segenap tenaga yang mereka ada pada tahap maksimum.
“Sistem pengambilan doktor secara kontrak nyata tidak membantu. Era pandemik seperti sekarang sangat memerlukan lebih ramai doktor dan kakitangan perubatan.
“Sangat membimbangkan jika kerajaan tidak mampu menjamin perjawatan tetap kepada doktor-doktor kita, apatah lagi membantu perkembangan kerjaya perubatan mereka pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menggesa kerajaan untuk tidak berdolak-dalik sebaliknya menerima hakikat bahawa sistem perubatan sedang dalam keadaan genting dan menuntut tindakan segera.
“Kerajaan tidak boleh menunggu sehingga keadaan sudah kritikal dan terlambat. Sekarang ini banyak hospital telah terpaksa mengubah susun atur dan kemudahan unit rawatan rapi (ICU) secara drastik. Para kakitangan pula sedang bekerja hampir tanpa rehat.
“Perkara ini menunjukkan yang kita perlu membina kemudahan yang lebih banyak di seluruh negara. Ini adalah isu kritikal dan tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi dipolitikkan. Lihat sahaja negara China yang membina hospital besar hanya dalam beberapa hari.
“Kerajaan mesti mula melihat sumber yang kita ada untuk disalurkan secara strategik dan segara kepada sektor perubatan. Kita mesti bersedia bukan hanya kerana pandemik COVID-19. Tetapi kerana tuntutan keperluan perubatan sepanjang masa,” katanya.
Selain itu, beliau menggesa pengambilan lebih banyak kakitangan yang mencukupi disegerakan memandangkan sistem kesihatan bukan sekadar memerlukan lebih banyak katil dan peralatan, tetapi sumber manusia yang mampu mengendalikan semua itu dengan baik.
“Pada masa yang sama, imbuhan kepada sumber manusia kita mesti disemak. Mereka sedang kelesuan akibat terpaksa bekerja dalam tekanan. Perkara ini mesti disedari oleh kerajaan.
“Bukannya asyik bercakap untuk mengurangkan lagi elaun mereka. Yang demikian adalah sangat tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin.
“Inilah masanya kerajaan memberikan imbuhan yang setimpal kepada kakitangan perubatan jika kita benar-benar menganggap mereka sebagai hero negara, dan bukannya pekerja kelas kedua,” katanya.
Dalam pada itu, Khaled berkata, beliau tidak pelik dengan tuntutan pihak MMA agar Pelan Pemulihan Negara menyandarkan strateginya pada data dan dapatan saintifik, kerana jika diperhalusi, pelan pemulihan tersebut tidak lebih dari sekadar menyenaraikan fasa dan tempoh masa.
“Tanpa memasukkan secara jelas apakah strategi dan pelan intervensi yang akan dilakukan. Malah tidak ada persediaan untuk berhadapan dengan sebarang situasi luar jangka.
“Justeru, kerajaan mesti mendengar pandangan MMA dan sektor perubatan. Menteri Kesihatan mesti memainkan peranan dan bersikap tegas. Keadaan yang berlaku di ICU Sungai Buloh tidak sama dengan realiti ICU di Batu Pahat. Jika pandangan dan saranan sektor perubatan tidak diendahkan, tidak mustahil pelan ini akan gagal.
“Sesungguhnya segala tuntutan dan penambahbaikan ini adalah kritikal dalam memastikan kemandirian serta kelangsungan negara kita. Kerajaan tidak boleh berdegil serta berkeras untuk melakukan sem
Sistem perubatan dalam keadaan genting, Apa kerajaan buat?
Baca Artikel Menarik :
- Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?
- Langkah Nazri sokong Hisham strategi lemah
- Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam
- M40 jadi B40, terpaksa minta beras sekarang
- Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM
- Resepi Kerabu Maggi Thai
Layari Laman Facebook MYKMU
Surat fitnah jawatan PM, Hishammuddin sah buat laporan polis
You must be logged in to post a comment.