Syed Saddiq Hanya Tahu Main Media Sosial
Baru-baru ini, Syed Saddiq telah dituduh oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa bantuan yang dihulurkan oleh beliau merupakan wayang politik. Jelas negara kita kini menghadapi kesan buruk terhadap ekonomi akibat wabak Covid-19, akan tetapi adakah Syed Saddiq benar-benar menolong semua rakyat Muar seperti yang dipaparkan di laman media sosialnya?
Perlunya rakyat sedari bahawa ini merupakan taktik untuk Syed Saddiq menaikkan imejnya dalam kalangan masyarakat. Wayang politik adalah sangat senang pada zaman kini dengan perkembangan media sosial, dan Syed Saddiq merupakan pakar dalam bidang ini. Wajar kita persoalkan kenapa beliau mempunyai banyak sangat masa untuk membuat paparan media sosial beberapa kali sehari?
Nampak sangat beliau mempunyai banyak masa untuk melayan media sosial, dari Instagram hingga ke TikTok. Persoalan seterusnya adalah jika beliau mempunyai masa yang banyak untuk memuat naik kandungan media sosial, mengapakah beliau tidak menggunakan masa itu untuk membantu lebih lagi orang ramai yang menghadapi kesukaran? Sudah terang lagi bersuluh bahawa ini merupakan satu permainan Syed Saddiq dalam mengejar populariti.
Sebagai seorang bekas pendebat, tidak hairanlah kemahirannya dalam bidang bersuara. Sudah lama Syed Saddiq mencungkil bakatnya untuk berwayang di depan orang ramai. Masalahnya, sebagai wakil rakyat setakat mahir berpidato tidak cukup. Perlunya ada sifat bertanggungjawab dan berintegriti. Kedua-dua sifat ini nampaknya hanya di permukaan bagi Syed Saddiq.
Mungkin modus operandi beliau adalah untuk mencari beberapa orang yang memerlukan untuk berlakon dalam paparan media sosialnya. Pada minggu lepas kes Pakcik Rahmat yang kononnya tinggal di rumah usang telah dibongkar oleh pihak ketua kampung sebagai tidak benar. Pakcik Rahmat sebenarnya sudah menerima bantuan bulanan dari pihak berwajib dan telah mengesahkan bahawa Syed Saddiq tidak menjanjikan apa-apa kepadanya malah dalam kata-kata Pakcik Rahmat, “ dia tulis je..”.
Sumber: https://www.facebook.com/gerakanmuafakat/posts/2592796441026653
Ekonomi negara kita berada dalam keadaan tenat, masyarakat ramai menghadapi kesukaran hidup. Syed Saddiq pula mengambil kesempatan ini untuk membuat wayang bagi popularitinya sendiri. Beliau sepatutnya menjadi pencetus era baharu politik di negara ini, tetapi kini mengikuti ajaran politik lama di mana rakyat menjadi tebusan bagi meneruskan agenda politiknya. Sokong Syed Saddiq, kalau tidak segala bantuan tidak akan diberi. Nampak sangat taktik ini dipelajari oleh ayahanda politiknya, Tun Dr Mahathir.
Namun begitu, Syed Saddiq ini sebenarnya telah terpengaruh dengan fahaman liberal, dan itulah sebab MUDA ditubuhkan. Sepatutnya MUDA membela nasib para belia di negara ini. Namun begitu sudah hampir setahun diumumkan parti ini tetapi tiada apa usaha ataupun polisi yang dicadangkan oleh MUDA selain daripada berkongsi paparan media sosial Syed Saddiq dan berdemo di depan balai polis.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/columns/558424
Pada masa kini, MUDA bagai kelab sokongan Syed Saddiq yang penuh dengan budak mentah politik yang hanya mampu menunggang populariti Syed Saddiq. Hakikatnya, Syed Saddiq dapat memimpin “parti”-nya dengan kuku besi kerana barisan pemimpinnya yang kurang berpengalaman.
Dari segi janji politik juga Syed Saddiq gagal menunjukkan hasil walaupun memegang tampuk kuasa sepanjang 22 bulan. Tiadanya pekerjaan satu juta, malah 1000 rumah mampu milik di Muar pun tidak direalisasikan.
Sumber: https://www.facebook.com/watch/?v=1665971376815215
Begitulah wayang politik Syed Saddiq yang mengecewakan orang ramai. Janji lebih, hasil tiada.
Lutfi Shaari
Seremban
** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat MYKMU.NET
Baca Artikel Menarik :
- Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan
- Bomba selamatkan wanita dikurung suami alami tekanan
- Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan
- Siti Sarah dan Shuib kembali berduet
- Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf
- Resepi Kari Kambing special
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.