Tiada usul undi tak percaya, kata Najib
Tiada usul undi tak percaya, kata Najib
Tak timbul soal usul undi tak percaya di Parlimen, kata Najib
Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata, usul undi tidak percaya tidak akan berlaku ketika Parlimen mula bersidang sebaik perintah darurat ditamatkan.
Beliau berkata, seperti tertulis dalam titah Yang di-Pertuan Agong minggu lepas, Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara akan perlu dibahas dan diluluskan sebaik sahaja Parlimen bersambung.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, perkara itu bukan baharu malah pernah berlaku beberapa kali tahun lepas selepas Dr Mahathir Mohamad, Mohd Shafie Apdal dan beberapa lagi Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mengemukakan satu persatu usul undi tidak percaya.
“Ramai yang salah faham bahawa undi tidak percaya akan berlaku sekiranya Parlimen bersambung.
“Tidak. Usul undi tidak percaya tidak akan berlaku selagi Speaker Parlimen tak benarkan usul tersebut dibahas,” katanya di Facebook.
Najib berkata, walaupun Speaker terima semua usul tersebut tapi tiada satu usul pernah dibenarkan Speaker untuk dibentang.
Sebab itu katanya, soal undi tidak percaya tidak timbul apabila Parlimen sambung bersidang sebab Speaker Parlimen yang dilantik Perikatan Nasional (PN) tidak akan membenarkan.
Terdahulu, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya mengumumkan Ahli Parlimen Umno dan BN bersetuju Parlimen bersidang semula seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau apa-apa pindaan bersesuaian.
Namun katanya, mereka mahu sidang Parlimen itu hanya tumpu kepada isu rakyat mendepani wabak.
“Kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan,” katanya.
Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, tindakan mengenakan syarat mengenai isu yang boleh dibahaskan di Parlimen sebagai “tidak demokratik” dan bercanggah dengan kebebasan berparlimen.
“Semasa persidangan Parlimen, apa jua perkara boleh dibahaskan tetapi mestilah sesuai dengan peraturan mesyuarat,” katanya. FMT
Tiada usul undi tak percaya, kata Najib
Baca Artikel Menarik :
- Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan
- Bomba selamatkan wanita dikurung suami alami tekanan
- Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan
- Siti Sarah dan Shuib kembali berduet
- Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf
- Resepi Kari Kambing special
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.