UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen

 

 

UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen. UMNO berpendirian tegas mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.



Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.

“Tidak perlulah berdolak-dalik lagi istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan di dalam kedua-dua kenyataan media perihal sidang Parlimen, yang hakikatnya menzahirkan kesepakatan Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, satu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya.

Sebagai parti yang diasaskan atas tujuan memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, tambahnya, UMNO menyokong penuh kedua-dua kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.



Kenyataan tersebut menzahirkan pendirian Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

UMNO berpendirian Parlimen amat mustahak untuk diadakan segera bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan dalam mendepani pandemik COVID-19.
Ia juga bagi memastikan wujud akauntabiliti dalam urusan pentadbiran kerajaan.

UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Najib Bidas Muhyiddin Laksana Titah Tuanku Bukan Bentuk Jawatankuasa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker