Resepi Gulai Daging Nangka Sedap

Sebaran :

Resepi Gulai Daging Nangka
Resepi Gulai Daging Nangka

Bahan-bahan :

  • Nangka muda – dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 3 biji bawang besar – dimayang
  • 1 kg daging
  • 3 batang serai -dititik
  • 10 helai daun kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 sudu besar rempah kari
  • 3 cm halia
  • 1 liter santan
  • Bahan tumisan – bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga
  • garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kecuali santan,daging dan nangka muda sehingga terbit bau.
  2. Kemudian,masukkan daging dan tumiskan sebentar.
  3. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
  4. Akhir sekali,masukkan nangka muda dan masak hingga daging empuk.
  5. Perlahankan api dan biarkan seketika sebelum diangkat.

Resepi Gulai Daging Nangka

Resepi Gulai Udang Masak Lemak Nenas


Sebaran :

Leave a Reply