Rakyat jangan terlalu mengharap bantuan, kata Osman
Rakyat jangan terlalu mengharap bantuan, kata Osman
Kerajaan cuba bantu tapi rakyat jangan terlalu mengharap
Kerajaan cuba bantu tapi rakyat jangan terlalu mengharap
Osman Sapian menyampaikan sumbangan kepada penerima di DUN Kempas
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meluahkan rasa kesalnya apabila ada sesetengah rakyat yang telah dibantu tetapi tidak berusaha untuk keluar dari kepompong kesusahan, sebaliknya terus mengharapkan ihsan pihak-pihak tertentu.
Beliau tampil membuat kenyataan itu setelah mendapati sebuah keluarga 13 beranak di Kampung Kempas Baru yang dibantu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kempas baru-baru ini cuba beralih perhatian dengan mendapatkan sumbangan daripada NGO lain.
Apa yang dikesalinya, walaupun keluarga berkenaan telah mendapat perhatian beberapa kali daripada DUN Kempas, Osman melihat keluarga itu seolah-olah tiada inisiatif untuk memajukan dirinya dan keluarga.
“Saya perlu tampil menjelaskan masalah begini, kadangkala masyarakat lain tidak nampak. Seperti kes 13 beranak di Kampung Kempas Baru yang di laporkan sebuah portal baru-baru ini menyatakan mereka ini terpaksa makan hasil pancing setiap hari.
“Betul itu rezeki dia, apa yang saya nak perbetulkan dia juga kena berusaha.
“Kita faham sekarang PKP, semua orang terjejas tetapi rakyat pun tak boleh asyik nak menunggu bantuan. Sebab bukan keluarga awak seorang sahaja yang susah di Kempas, rramai lagi dan DUN Kempas bukan sahaja membantu keluarga 13 beranak ini berkali-kali tetapi termasuk keluarga mertua.
“Rumah yang dia duduk itu pun percuma. Bantuan diberi macam saya katakan bukan sekali, anak-anak lelaki semua besar-besar, sihat-sihat keluar cari kerja bantu keluarga kalau betul terlalu susah. Jangan terlalu memilih dan jangan beri alasan PKP kedai tutup tiada kerja. Usaha dahulu,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kempas di sini hari ini.
Menurut Osman, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pusat khidmat masyarakatnya telah membantu lebih 1,500 keluarga tanpa mengira bangsa.
Walaupun bantuan yang disalurkan tidak melibatkan jumlah yang besar, namun setidak-tidaknya sumbangan itu boleh membantu penerima meneruskan kelangsungan hidup.
Kira-kira 300 individu menerima sumbangan barang keperluan harian bagi mengurangkan beban mereka dalam menghadapi situasi penularan Covid-19 masa kini.- MalaysiaGazette
Rakyat jangan terlalu mengharap bantuan, kata Osman
Baca Artikel Menarik :
- Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO
- Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik
- Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?
- Kenyataan YDP Agong Majlis Raja-Raja kemuncak suara rakyat
- Resepi Udang Masak Merah Madu
- Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian
Layari Laman Facebook MYKMU