PM bagi isyarat PRU15 hujung tahun – Osman
PM bagi isyarat PRU15 hujung tahun – Osman
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi isyarat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 mungkin diadakan menjelang akhir tahun ini, kata Datuk Osman Sapian.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor itu berkata, Muhyiddin memberi bayangan itu pada mesyuarat Bersatu Johor yang diadakan secara maya pada 16 Jun lalu.
Jelas beliau, ia bakal diadakan sekiranya kes Covid-19 mencatatkan penurunan seperti yang disasarkan kerajaan dan berjaya memberi vaksin antara 60 hingga 80 peratus rakyat negara ini dicapai.
PM bagi isyarat PRU15 hujung tahun – Osman
Selain itu, katanya, pihak urus setia ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) juga telah diarahkan untuk menyediakan bahan-bahan pihihan raya untuk diedar ke bahagian-bahagian, ujar bekas Menteri Besar Johor itu.
“Mesyuarat Bersatu Johor yang diadakan Rabu lalu yang dipengerusikan Presiden parti membincangkan banyak isu semasa termasuk membabitkan PRU-15, iaitu September atau pun Oktober.
“Kalau kita fikirkan ada munasabahnya juga sebab biasanya Oktober itu adalah bajet, kalau tidak diadakan Parlimen bersidang maka tahun depan sudah tentu tidak dapat diluluskan dan kewangan tahun depan tiadalah.
“Menghadapi pilihan raya di mana kita menggerakkan bilik-bilik gerakan peringkat bahagian dan PDM-PDM (Pusat Daerah Mengundi) untuk siap siaga mana tahu kalau perkara ini berlaku dalam tempoh tiga empat bulan sudah tentu kalau kita tak bergerak sekarang akan agak tidak teratur,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas pagi ini.
Menurut Osman, berikutan itu Bersatu akan akan memilih Pengerusi Penyelaras di setiap bahagian dalam parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang mana penyelaras Parlimen yang dipilih akan bergerak untuk menjaga kawasan-kawasan masing-masing
Mengulas lanjut, beliau berkata, pada mesyuarat itu difahamkan Pas minta 11 kawasan Parlimen untuk dijaga.
“Maknanya kalau ada 26 kita ada tinggal lagi 15, itu belum kita beri pada Gerakan, mungkin Gerakan mungkin satu, dua. Bagaimanapun kita belum ada kata putus kita akan bincangkan di peringkat jawatankuasa nasional nanti bagi selaraskan dan pastikan kawasan-kawasan mana,” ujarnya.
Tambah beliau, kebanyakan kawasan Parlimen di Johor milik Bersatu pada hari ini dan parti akan melihat kepada kekuatan Pas di sesuatu kawasan sebelum keputusan dilakukan.
Ditanya mengenai kerjasama UMNO dan Bersatu, Osman berkata, Bersatu berkemungkinan menolak kerjasama dengan UMNO memandangkan parti itu tidak sehaluan dengannya.
“Dalam perbincangan itu juga kita juga membincangkan tentang kemungkinan besar UMNO tidak akan bersama dan kita tidak perlu lagi membincangkan soal kerusi.
“Jadi apa yang boleh kita katakan Perikatan Nasional akan bertanding keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 26 Parlimen bermakna kalau di situ apa yang dikatakan oleh Presiden kita memang dah nampak kita tidak akan bersama dengan mereka,” katanya. MG
PM bagi isyarat PRU15 hujung tahun – Osman
Baca Artikel Menarik :
- Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO
- Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik
- Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?
- Kenyataan YDP Agong Majlis Raja-Raja kemuncak suara rakyat
- Resepi Udang Masak Merah Madu
- Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
Ahmad Maslan akui ada gerakan kumpul SD
You must be logged in to post a comment.