Khairuddin cabar Anwar debat secara langsung

 

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan menjemput Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk berdebat secara langsung berhubung persoalan orang Islam.

“Masalah orang Islam tidak boleh menyokong Anwar Ibrahim bukan isu politik tetapi ia adalah persoalan akidah agama yang berteraskan al-Quran serta as-Sunnah.

“Yang selebihnya tunggu masa ketika yang sesuai untuk saya terangkan secara terperinci kelak!

“Kalau boleh berdebat secara live dengan Anwar Ibrahim lagi menarik,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu hadir apabila terdapat perwakilan yang mengkritik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika kongres nasional tahunannya parti secara maya semalam.

Tidak puas hati serangan tanpa henti dari pimpinan PKR, Khairuddin menyifatkan mereka yang tidak waras dan tidak mempunyai akidah agama sahaja yang menyokong pemimpin seperti Anwar.

“Kalangan yang mendewa-dewakan pemimpin ‘homoseksual’ adalah golongan yang tidak berpegang pada syariat agama Islam yang berteraskan kepada al-Quran serta as-Sunnah.

“Saya amat hairan dengan segelintir kalangan ‘otak udang’ dari parti PKR yang tidak habis-habis cuba memfitnah dan menyerang tun dr mahathir mohamad di atas kejahilan mereka sendiri.

“Anwar Ibrahim dan PKR sudah tidak laku lagi,” katanya.

Anwar sebelum ini dipenjarakan setelah disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar menafikan tuduhan itu dan menyifatkan dia menjadi mangsa pertuduhan dan konspirasi politik.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebelum ini juga menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Ibrahim dibenarkan dan dia diberi pembebasan serta-merta.

Semalam, ketika menyokong ucapan dasar presiden, perwakilan Perak Muhammad Arafatt Varisai Mahamad mengingatkan Pakatan Harapan supaya tidak mengulangi kesilapan dengan menerima “unta tua” ke dalam “khemah PH” sehingga akhirnya PH kehilangan hilang kuasa.

Difahamkan bahawa “unta tua” tersebut merujuk kepada Mahathir.

Pada masa sama, Khairuddin yang juga merupakan penyokong tegar Mahathir menjangkakan bahawa PKR akan menjadi parti yang “dicampakkan ke liang lahat” pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

“Untuk pengetahuan si ‘keldai hingusan’ dari negeri Perak yang bernama Muhammad Araffat Varisai Mahamad; inilah malapetaka nasib yang bakal menimpa parti PKR.

“Namun, ‘keldai hingusan’ ini tidak mampu untuk buat pembacaan politik secara tepat kerana dia baru ‘setahun jagung’ masuk politik,” katanya.

Khairuddin cabar Anwar debat secara langsung

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parlimen boleh bersidang dalam kilang, sana selamat – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker