Beri insentif kepada pemilik rumah untuk kurangkan sewa
Beri insentif kepada pemilik rumah untuk kurangkan sewa
Beri insentif kepada pemilik rumah untuk kurangkan sewa, kata Najib kerana untuk menggalakkan mereka mengurangkan sewa bagi kediaman persendirian secara sukarela.
Putrajaya perlu memperluaskan insentif pengurangan sewa juga kepada pemilik rumah, kata bekas perdana menteri Najib Razak.
Beliau berkata, ini berdasarkan insentif potongan khas cukai yang diumumkan kerajaan kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan komersial sekiranya mereka menurunkan sewa.
“Insentif sama wajar diberi kepada tuan rumah sewa untuk menggalakkan tuan rumah kurangkan sewa bagi kediaman persendirian secara sukarela,” katanya di Facebook.
Di bawah pakej rangsangan Pemerkasa Tambahan yang diumumkan kerajaan, potongan khas cukai diberikan kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% untuk tempoh enam bulan ini sehingga 31 Dis.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beberapa negara asing termasuk Amerika Syarikat, undang-undang sementara pernah berkuat kuasa bagi menghalang tuan rumah menghalau penyewa yang tidak mampu membayar sewa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Langkah ini patut dilaksanakan di Malaysia bagi tempoh ‘lockdown’ yang tak habis-habis ini atas dasar keperikemanusiaan untuk memberi ruang kepada penyewa,” tambah beliau.
Katanya, jika dihalau keluar sekali pun bukan bermakna mereka mudah untuk mencari penyewa baharu pada ketika ini.
Malaysia mencatatkan kadar pengangguran 4.6% pada Apr tahun ini. Dengan PKP 3.0 sejak Mei dan PKP penuh sejak 1 Jun, ahli ekonomi menyuarakan kebimbangan mengenai lebih banyak kehilangan pekerjaan dan pemotongan gaji ketika syarikat dilihat mengurangkan perbelanjaan mereka untuk bertahan. FMT
Beri insentif kepada pemilik rumah untuk kurangkan sewa
Baca Artikel Menarik :
- Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO
- Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik
- Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?
- Kenyataan YDP Agong Majlis Raja-Raja kemuncak suara rakyat
- Resepi Udang Masak Merah Madu
- Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.