Jika UMNO keluar kerajaan, proses pemulihan negara terencat
KUALA LUMPUR: Penarikan diri UMNO dari kerajaan akan merencatkan proses pemulihan negara dan penumpuan strategi mencari jalan keluar serta solusi pelbagai isu, termasuk COVID-19, yang dimahukan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, titah Yang di-Pertuan Agong tidak harus dipolemikkan kerana jelas baginda mahukan kesuburan politik demokrasi matang terus menjadi tunjang pentadbiran negara.
“Ahli politik harus mengambil maklum, apa yang tersirat dalam mesej baginda adalah kepentingan bersama memperdebatkan permasalahan rakyat dan mencari ‘exit strategy’ serta memperhebatkan aspek berkepentingan rakyat, khususnya dalam keselamatan ekonomi dan kesihatan.
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus memainkan peranan dalam mengelakkan berlakunya aspek kepentingan peribadi dengan membuka perdebatan isu berkepentingan rakyat seperti morotarium dan proses vaksinasi dengan lebih optimum.
“Rekonsilasi gabungan politik amat diperlukan pada masa kini dan UMNO harus meletakkan imej parti rakyat berteraskan permuafakatan, bukan terus keluar dari kerajaan, khususnya apabila negara masih dalam keadaan fasa kritikal memerangi COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan mengadakan mesyuarat Biro Politik di Iiu pejabat parti tersebut di Pusat Perdagangan Dunia (WTC) hari ini.
Memetik sumber, mesyuarat dikatakan dijadual pada sebelah petang, difahamkan akan membincangkan dan membuat keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam kerajaan.
Ia dijangka dihadiri 10 anggota jawatankuasa pengurusan serta 13 pengerusi perhubungan negeri.
Dalam pada itu, menurut Noor Nirwandy, rakyat mahukan Parlimen bersidang dan mengagumi kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam mengawal keselamatan politik, ekonomi dan kesihatan.
Tetapi, ujarnya, Parlimen harus menjadi medan perdebatan wakil rakyat untuk rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi.
“Malah, menteri UMNO yang dilantik juga telah membuktikan keupayaan mereka dalam menjalankan tugas semasa pandemik COVID-19.
“Maka penarikan diri UMNO dan kerajaan akan merencatkan proses pemulihan negara.
“Gabungan menteri UMNO sedia ada dan kepimpinan PN juga sedang melaksanakan pelan pemulihan COVID-19 yang telah mula menunjukkan keberkesan.
“Masyarakat juga harus faham, tiada rujukan, asas serta pengalaman mana-mana negara dalam memerangi wabak pandemik global seperti ini,” katanya.
Maka, jelasnya, usahasama oleh parti politik berteraskan kepentingan rakyat harus diutamakan supaya semua pihak berjaya secara bersama membina asas mengatasi pandemik serta kesannya.
“Inovasi dan memperkuatkan pentadbiran sedia ada dengan pengalaman menteri UMNO yang dilantik akan memastikan exit strategy yang dirancang berjalan dengan baik.
“Pilihan raya bukan medan terbaik penyelesaian masalah kerana kesan pilihan raya negeri Sabah jelas berlaku dan ia amat membahayakan keselamatan rakyat,” tegasnya.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, parti itu tidak perlu mendesak kerajaan supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 dalam waktu terdekat, lebih-lebih lagi ketika negara masih menghadapi wabak COVID-19.
Sebaliknya, katanya, tumpuan akan diberikan kepada usaha membantu rakyat mendepani pandemik itu.
Bagi tujuan itu, jentera pilihan raya parti di seluruh negara akan digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat, tambah Tajuddin.
Jika UMNO keluar kerajaan, proses pemulihan negara terencat
Baca Artikel Menarik :
- Restoren perlu surat kebenaran MITI ke?
- DAP kebulur nak elaun Parlimen Hibrib ke?
- Syed Saddiq mengeluh terpaksa guna duit sendiri
- Restoren daun pisang lakukan penderaan seks
- Resepi Kuih Lompat Tikam
- Resepi Udang Masak Merah Madu
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.