DASH : Lorong kanan ditutup akibat runtuhan


DASH : Lorong kanan ditutup akibat runtuhan

Lorong kanan dan tengah dua laluan di Lebuh Raya DASH ditutup

Lorong kanan dan tengah laluan dari KM19.8 – KM 19.2 arah utara dan KM 19.8 – KM19.2 arah selatan berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan ditutup.

Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan pada Sabtu, penutupan itu dilakukan untuk memudahkan kerja pengalihan susulan kejadian runtuhan perancah besi di kawasan berkenaan.
“Lorong berkenaan akan ditutup untuk memudahkan kerja pengalihan runtuhan,” katanya.



PLUS dalam masa sama menasihati agar pengguna jalan raya supaya terus berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan di lokasi berkenaan.

Terdahulu, dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuh raya yang sedang dalam pembinaan jatuh berhampiran Plaza Tol DASH susur keluar Kota Damansara, pada petang Sabtu.

Dua mangsa yang terlibat itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menerima rawatan. Awani

DASH : Lorong kanan ditutup akibat runtuhan




Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


DAP kebulur nak elaun Parlimen Hibrib ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker