Darurat antara faktor negara terlepas peluang pelaburan

 

Darurat antara faktor negara terlepas peluang pelaburan. Ketidakstabilan polisi dan pelaksanaan darurat dilihat antara faktor yang menyebabkan Malaysia terlepas peluang-peluang pelaburan yang boleh membantu memulihkan ekonomi.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kebanyakan pelabur kini memilih untuk melabur di negara jiran seperti Vietnam, Filipina dan Thailand.

Jelasnya, negara-negara tersebut mempunyai polisi-polisi yang stabil dan tidak bertukar-tukar seperti apa yang sedang berlaku di negara ini.

“Pelabur dari luar tidak tertarik dengan Malaysia. Mereka lebih gemar untuk melabur di Vietnam, Filipina dan juga Thailand kerana tidak ada darurat dan polisi-polisi yang mereka gunakan konsisten.

“Di Malaysia, hari ini tutup, hari ini ‘lockdown’. Lepas itu, dua tiga minggu dibuka lagi tetapi rakyat tidak divaksinasi,” katanya dalam sesi Bicara Presiden menerusi Facebook Warisan Online.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, usaha merangka pemulihan ekonomi negara perlu berjalan seiring dengan usaha memvaksinasikan rakyat di negara ini kerana kedua-duanya adalah saling berkait.

“Ini merupakan perkara pokok yang boleh mengatasi masalah ekonomi kita kerana kilang-kilang tidak akan boleh dibuka dan juga mereka tidak akan boleh bekerja kalau isu kesihatan tidak boleh kita atasi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu pasukan petugas khas perlu ditubuhkan bagi mengkaji dan mencari jalan penyelesaian kepada kemelut ekonomi negara.

Pada masa yang sama, jelasnya, segala langkah yang diambil perlu diselaraskan dengan semua sektor-sektor yang ada.

Darurat antara faktor negara terlepas peluang pelaburan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sidang Parlimen, Kuasa pada Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker